Seronok dapat peluang bertemu dan mengenali ibu kepada selebriti popular Fasha Sandha dan Elisya Sandha ini. Selesa membahasakan dirinya sebagai Mama Sandha, ibu enam anak ini seorang wanita yang mesra dan mempunyai keperibadian menyenangkan. Patutlah anak-anak pun berbudi bahasa, rupa-rupanya mewarisi sifat ibu tersayang!

Ads

Anggun dalam persalinan lilac ketika menghadiri majlis Baby Shower Elisya Sandha dan Uzair Haqimy pada awal Jun lalu, Mama Sandha atau nama sebenarnya Hatijah Tehman genap berusia 59 tahun pada 16 Mei lepas.

Agak jarang sebenarnya dengar Mama Sandha berkongsi sisi peribadi kepada umum meskipun bergelar ibu kepada selebriti. Selesa tampil low profile dan menjalani kehidupan seperti kaum ibu lain, Mama Sandha memberitahu buat masa ini dia aktif mengikuti aktiviti kemasyarakatan khususnya melibatkan golongan wanita.

Sebak Kenang Kebaikan Anak, MAMA SANDHA Dedah FASHA SANDHA Sangat Hargai Ibu & Keluarga!
Mama Sandha ketika ditemui pada majlis Baby Shower Elisya Sandha & Uzair Haqimy
Sebak Kenang Kebaikan Anak, MAMA SANDHA Dedah FASHA SANDHA Sangat Hargai Ibu & Keluarga!
Credit Instagram @fashasandha
Sebak Kenang Kebaikan Anak, MAMA SANDHA Dedah FASHA SANDHA Sangat Hargai Ibu & Keluarga!
Credit Instagram @fashasandha

“Saya tak ada bisnes pun cuma terlibat dengan NGO Nation of Women Malaysia (NOW). Saya ialah pengerusi NOW untuk negeri Perlis. Waktu Covid-19 dulu, saya ada berniaga Laksa Utara by Mamasandha.

Saya yang masak sendiri dan ada pembantu akan datang bila ada tempahan dan bila saya ada masa. Mula buat laksa ni masa pandemik hari tu sebab nak cari duit lebih masa duduk rumah. Laksa Perlis ini resipi turun-temurun keluarga. Saya jual di Food Panda,” ujarnya.

Mengulas perihal anak-anak sewaktu membesarkan mereka, Mama Sandha mengaku berdepan pelbagai dugaan namun bersyukur segalanya dipermudahkan.

Sebak Kenang Kebaikan Anak, MAMA SANDHA Dedah FASHA SANDHA Sangat Hargai Ibu & Keluarga!
Credit Instagram @fashasandha
Sebak Kenang Kebaikan Anak, MAMA SANDHA Dedah FASHA SANDHA Sangat Hargai Ibu & Keluarga!
Credit Instagram @fashasandha

“Nak menjaga mereka waktu kecil tu taklah susah mana. Memang saya yang mahu mereka jadi orang yang dikenali dan hantar gambar mereka untuk uji bakat dan sebagainya. Anak-anak pun ok je dan tak susah pun nak jaga Fasha dan Elisya.

Adalah waktu remaja dulu mereka nakal sedikit tapi biasalah anak muda. Fasha dan Elisya memang dari kecil dah nampak minat mereka ke arah dunia seni. Tapi Fasha minat dia pada mulanya lebih kepada sukan. Dalam masa sama, dia juga suka bergaya dan mahu jadi model.

Masa kecil dia pernah ambil dan bergaya dengan high heels saya. Boleh nampaklah kecenderungan dia dalam bidang macam tu. Masa mengandungkan mereka, saya pula suka tengok pertandingan ratu cantik macam Miss World dan America’s Next Top Model. Mungkin sebab pengaruh itu,” ceritanya sambil tertawa.

Ads
Sebak Kenang Kebaikan Anak, MAMA SANDHA Dedah FASHA SANDHA Sangat Hargai Ibu & Keluarga!
Credit Instagram @elisyasandha

Ditanya bagaimana dia menangani kecaman daripada netizen, Mama Sandha dengan tenang melontar bicara. “Kalau nak ikutkan, susah tu memang susah. Tapi kena terimalah. Bila anak kita jadi selebriti, kena terima semua kritikan ini. Sekarang, saya selesa abai je kecaman tu.

Macam Sis Sheila Rusly pun, dia kata kalau ada cerita di media sosial tentang anak-anak, dia tak baca. Sekarang saya pun ikut macam tu.

Dulu memang saya susah terima. Lagi-lagi bila kawan-kawan bercerita dan sampaikan cerita. Sekarang saya dah tak ambil peduli sebab dah biasa. Anak-anak kita, hanya kita dan Allah tahu.

Ads

Orang cakap macam-macam. Kenapalah anak bongsu (Elisya) saya tak jaga sendiri bila berpantang lepas bersalin nanti. Bagi saya, saya dah nak dapat cucu kesembilan dan tak kisah siapa nak jaga.

Yang penting, kita tahu, anak tahu dan Allah tahu yang memang kita sayang anak. Bukan tak jaga tu kita tak sayang. Lagipun Sis Sheila Rusly excited nak dapat cucu sulung biarlah mereka yang lalui dan merasa semua tu.”

Sebak Kenang Kebaikan Anak, MAMA SANDHA Dedah FASHA SANDHA Sangat Hargai Ibu & Keluarga!
Credit Instagram @fashasandha
Sebak Kenang Kebaikan Anak, MAMA SANDHA Dedah FASHA SANDHA Sangat Hargai Ibu & Keluarga!
Credit Instagram @fashasandha

Dalam pertemuan bersama Nona itu juga, Mama Sandha tak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai anaknya Fasha Sandha. “Mungkin ramai yang tahu Fasha Sandha sangat menjaga keluarga. Itu yang membuatkan saya bangga dengan dia dan sebak bila kenangkan balik.

Dari dulu sampai sekarang memang dia ingat family dan buat saya sentiasa tersentuh dengan kebaikan dia. Walau dah berjaya, sampai sekarang dia masih menjaga family. Hari ini pun dia yang sponsor baju saya. Nak mama dia nampak cantik. Elisya pula sponsor mekap.”

Beruntungnya Mama Sandha kerana dikurniakan anak-anak yang mengenang jasa dan sentiasa mahu membahagiakan ibu tersayang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI