Salah satu cara untuk memperindah penampilan ruang tamu minimalis ialah menggunakan kertas dinding. Kini terdapat pelbagai jenis serta motif kertas dinding di pasaran. Bagi ruang tamu minimalis, pemilihan motif haruslah dititikberatkan. Berikut beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemilihan kertas dinding.

Ads

Sebelum Hias Ruang Tamu Dengan KERTAS DINDING, Semak Dulu 6 Perkara Ini!

KOS
Setelah terpasangnya kertas dinding ia tidak boleh lagi diganti mahupun dicabut dengan mudah. Kos pembelian kertas dinding juga mahal. Maka sebab itulah penjagaannya sangat penting untuk dititikberatkan memandangkan ia hendak digunakan dalam tempoh yang lama.

WARNA
Anda pasti akan terpaku dengan keindahan kertas dinding hasil kreativiti sendiri. Pilih warna yang serasi dengan warna lain yang ada di ruang kediaman atau warna perabot. Kertas dinding juga perlu serasi dengan siling serta dinding.

Sebelum Hias Ruang Tamu Dengan KERTAS DINDING, Semak Dulu 6 Perkara Ini!

Sebelum Hias Ruang Tamu Dengan KERTAS DINDING, Semak Dulu 6 Perkara Ini!

Ads

KESEIMBANGAN
Menghias kediaman dengan menggunakan kertas dinding perlulah seimbang dari segi pola, skema warna, koordinasi, tema, gaya serta aliran rekaan.

KEKEMASAN
Ketika anda menyapu bahan pelekat kertas dinding, pastikan lapisan kertas berada pada posisi yang kemas dan lurus. Ketika kertas dinding dilekatkan segeralah bersihkan sisa-sisa kerja anda bagi mencegah kertas dinding kotor.

Ads

CORAK
Pilih corak atau rekaan kertas dinding yang ringkas sahaja untuk ruang tamu. Namun jika untuk ruang privasi seperti bilik tidur anda bolehlah memilih kertas dinding dengan pola paling digemari.

Sebelum Hias Ruang Tamu Dengan KERTAS DINDING, Semak Dulu 6 Perkara Ini!

FLORA & GEOMETRI
Pastikan motif pada kertas dinding yang dipilih untuk ruang tamu minimalis tidak terlalu berlebihan. Kosnya juga lebih murah. Salah satu motif yang sesuai bagi ruang tamu minimalis ialah garisan kerana ia memberi efek yang sederhana.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI