Walaupun sedang berbadan dua sekarang, pesona Marian Rivera tetap terserlah dan memukau sesiapa saja. Mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak, Dingdong Dantes pada tahun 2014.. pasangan ideal Filipina ini dikurniakan seorang cahaya mata comel, Maria Letizia Dantes yang kini berusia tiga tahun.
Terkenal dengan bakat lakonan mantap yang suatu ketika dulu menghiasi telenovela Marimar dan raut wajah cantik serta susuk tubuh menawan, Marian kembali menjadi perhatian para peminat apabila memuatnaik posting
foto imbasan kandungannya baru-baru ini. Kalau tengok gambar tersebut, usia kehamilan Marian sudah pun memasuki second trimester.Mesti ramai peminat tak sabar menantikan anak kedua pasangan sama cantik sama padan ini, bukan? Kongsi Marian, “My heart overflows with gratitude and humility. Dong and I, with our Zia, have been gifted with the miracle of life! Looking forward to meeting our ‘little one’ soon.”
Selain sibuk menguruskan keluarga, Marian juga sebenarnya seorang usahawan yang membekalkan bunga-bungaan segar dikenali sebagai Flora Vida by Marian. Di samping mengendalikan perniagaan tersebut, ibu muda ini juga baru saja menjadi Duta bagi produk kecantikan Beautederm.
Rasa tak puas tengok wajah Marian. Nampak makin berseri-seri sepanjang meniti usia kehamilan anak kedua. Tidak hairanlah wajah Marian sering menjadi buruan syarikat kosmetik. Walau tengah mengandung pun, ada saja tawaran yang diterima.
Lebih menyentuh hati, walaupun sudah memiliki segala kemewahan dan kemahsyuran namun aktres cantik ini tetap sudi turun padang dan menggembirakan kanak-kanak sumbing menerusi Smile Train Philippines Foundation.
Sumber: Instagram Marian Rivera
This website uses cookies.