Sedap Minum Time SAHUR Ni, Sesuai Bagi Yang Tak Lalu Makan Berat!

Kecur tengok resipi Smoothie Pisang Kurma yang disediakan bekas peserta Masterchef, Brian ini. Dahlah mudah disediakan, ringkas dan cepat pula tu.. sesuai sangat dijadikan minuman harian waktu sahur sepanjang Ramadan. Mengenali bakat Brian, namanya bukan saja dikenali dalam arena kulinari bahkan berbakat sebagai pengacara dan penyampai radio.

Kongsi Brian di Instagramnya baru-baru ini, “Ini versi lagi gempak dan sesuai bagi mereka yang tak lalu makan berat di waktu sahur. Minum je. Ada karbohidrat dari pisang dan kurma.. dan protein dari yogurt. Patutlah bahan-bahan ni semuanya sunnah.”

RESIPI SMOOTHIE PISANG KURMA ILHAM BRIAN MASTERCHEF

Bahan-bahan diperlukan

* 1 biji pisang

* 2-3 biji kurma

*100ml yogurt

*100ml susu

*1 cawan ais batu

Cara membuatnya:

Potong kecil pisang yang telah dibuang kulitnya. Potong kecil kurma yang telah dibuang bijinya. Masukkan pisang dan kurma yang telah dipotong kecil ke dalam mesin pengisar bersama-sama yogurt, susu dan ais batu.

Kisar semua bahan hingga hancur dan halus atau sehingga mendapat tekstur yang diingini mengikut cita rasa masing-masing. Tuangkan smoothie pisang kurma ke dalam gelas yang telah disediakan. Taburkan hirisan kacang badam yang dibakar. Sedia diminum.

Sangat mudah, kan?

 

Difahamkan, sepanjang bulan puasa ini juga Brian aktif berkongsi aneka sajian dan menu sahur menarik dalam kempen ’30 Sahur Abang Brian’. Apa yang pasti, ia bukanlah kali pertama Brian terlibat dengan aktiviti tersebut sebab dia juga pernah melakukan perkara sama tahun lepas meskipun berbangsa Cina.

Terima kasih Brian dengan perkongsian resipi mudah dan sihat ini. Moga terus maju jaya!

Sumber: Instagram @abangbrian

Share
Published by
Suzi