Genap sedekad bergema ke seluruh jagat raya, acara World #QuranHour bakal kembali semula pada 24 Ramadan 1446H bersamaan Rabu, 26 Februari 2025 ini.

Ramadan bulan diturunkan Al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Menyedari amalan umat Islam yang gemar mengambil kesempatan pada bulan Ramadan dengan berkhatam membaca serta bertadarus Al-Quran, misi World #QuranHour diteruskan buat tahun ke-10 bertemakan #SavingTheUmmah berpandukan Surah Al-Saff.

World #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karya Bestari, Rasuah Buster, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.

Ads
Sedekad Bergema Ke Jagat Raya, World #QuranHour Bakal Kembali Pada 24 Ramadan Ini
World #QuranHour

Tahun ini, World #QuranHour akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada
25 Mac 2028, dari pukul 12 hingga 1 tengah hari.

Surah Al-Saff dipilih sebagai surah Utama dengan membawa tema #SavingTheUmmah. Surah ini menyeru umat Islam untuk Bersatu dan mencontohi semangat Hawariyun, iaitu para pembantu agama ALLAH, dalam menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.

Ads

Dalam tempoh 10 tahun ini, kempen #QuranHour merangkumi World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, dan World #QuranConvention telah berjaya mencapai 7.72 bilion capaian di media sosial serta diadakan di 313 lokasi di 76 negara.

Kempen #QuranHour diinspirasikan daripada program Let’s Read Together For 10 Minutes
anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 2014. WUIF mengambil idea ini, kemudian memperluaskan kepada satu jam berinteraksi dengan al-Quran menerusi program #MalaysiaNgaji pada 2015.

Ads
Sedekad Bergema Ke Jagat Raya, World #QuranHour Bakal Kembali Pada 24 Ramadan Ini
World #QuranHour

Pada 2016, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi lokasi perdana bagi World #QuranHour buat pertama kalinya untuk menarik lebih ramai penyertaan umat Islam di peringkat antarabangsa.

Dengan sokongan institusi seperti PPAS, UIAM dan pelbagai organisasi media, kempen ini terus berkembang sebagai satu fenomena global yang membawa perubahan dalam kehidupan ramai.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/tawan-peminat-arab-ustazah-oki-setiana-dewi-kini-pelakon-drama-komedi-popular-di-mesir/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI