Melihat pasangan romantis Indonesia, Zaskia Sungkar dan Irwansyah menerima cahaya mata sulungnya mampu menitiskan air mata. Tergambar rasa syukur di wajah pasangan sama cantik sama padan ini saat menatap wajah anak kesayangan yang dinanti selama 10 tahun itu.
Teman baik kepada selebriti Laudya Cynthia Bella ini juga tidak henti mengucapkan rasa syukurnya melalui posting di media sosial peribadinya.
Beruntung bayi lelaki yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki ini yang dilimpahi kasih sayang oleh ibu dan bapanya.
Bayi comel yang mesra disapa Ukkasya ini selamat dilahirkan pada 30 Mac 2021 dengan berat mencecah 3.4 kilogram di sebuah pusat perubatan di Jakarta melalui kaedah pembedahan.
Pada 5 Sepetember 2020, pasangan ini telah berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata selepas menjalani ujian IVF.
Sebelum ini, Zaskia pernah berkongsi rasa teruja mengenai dekorasi bilik anak yang masih dalam kandungan. “Semoga Allah SWT permudahkan urusan pindah rumah tahun ini. Tak sabar mami mahu deko kamar Baby Syahki,” ujar wanita yang mempunyai saluran YouTube, The Sungkars Family dan usahawan berjaya Indonesia.
Ukkasya juga mempunyai akaun Instragram sendiri yang diuruskan oleh ibu dan bapanya.
Zaskia telah melangsungkan perkahwinan pada usia 20 tahun pada tanggal 15 Januari 2011. Pasangan ini dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan di Malaysia tidak lama dahulu.
This website uses cookies.