Seperti yang diketahui ramai, hubungan antara penyanyi serta pelawak Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan (Ezan) macam adik beradik dengan Shuib (Sepahtu) dan arwah Siti Sarah Raissuddin.
Gambaran keakraban ini permah dikongsi kepada NONA oleh Ezan (isteri Mark Adam) tentang sikap serta kebaikan arwah Siti Sarah sepanjang mereka bergelar sahabat. Menurut Ezan, arwahlah yang paling gembira bila dirinya mula berhijab dahulu.
Menurut Ezan, walau setahun sudah berlalu namun kesedihan dan kerinduan yang sering dirasai sesuatu yang tak terungkap dan momen paling berat.
“Hari ini telah genap setahun sudah… inilah tarikhnya mengikut kalender Islam Jumaat 29 Julai 2022 bersamaan 1 Muharram 1444H pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Binti Raissuddin.. Terasa masa itu berlalu dengan cepat walaupun sehingga sekarang terasa hati ini masih berat di atas pemergian Mu Jah tetap itu semua sudah ketentuan Allah SWT.
“Walaupun kita semua tahu yang mati itu adalah sesuatu yang PASTI, menghadapi dan menelan segala Kesedihan dan kerinduaan yang kerap hadir ketika mengingat Mu memang sesuatu yang tidak akan terluah mahupun padam dalam ingatan.. Kepergian Mu untuk selama-lamanya menjadi moment paling berat bagi Ku Jah…. Namun, hidup perlu diteruskan. Walaupun perit untuk dilalui..tapi ku kena akur.
Al Fatihah
Dapat disimpulkan, nilai persahabatan mereka sangat mahal, sahabat dunia akhirat. Kenangan ketika di tanah suci Mekah menjadi momen terindah mereka. Maka, wajarlah mereka ini digelar sebagai sahabat dunia akhirat, buat kebaikan sama-sama dan susah senang pun bersama.
Kredit Foto: Instagram @ezzpowers
This website uses cookies.