Ariana Grande tampil menjawab kebimbangan peminat setelah fotonya yang kelihatan terlalu kurus tular di media sosial.
Ads
Kenyataan Ariana Grande itu adalah tindak balas terhadap beberapa komen yang kurang menyenangkan oleh netizen mengenai penampilannya di konsert Jeff Goldblum di London, England, baru-baru ini.
Pada masa itu, dia memakai kot bersaiz merah jambu yang menampakkan tulang belikatnya.
“Kenapa Ariana Grande kurus sangat?” tanya seorang netizen di Twitter.
Seorang lagi berkata, “Serius, dia sangat kurus. Saya risaukan dia.”
Penyanyi lagu ‘Thank U Next’ ini memberi penjelasan di akaun TikTok miliknya yang berdurasi tiga minit. Dalam video itu, Ariana meminta para peminat mengulas tentang penampilannya.
“Badan saya dulu adalah versi yang tidak sihat. Sebelum ini, saya melakukan diet yang tidak sihat. Saya sedih bila anda kata saya sihat sedangkan saya tidak sihat,” katanya.
Ads
Ariana Grande menasihati orang ramai supaya lebih empati dalam komen mereka kerana ianya boleh menyinggung perasaan orang lain.
Dia lebih menghargai orang yang tidak bercakap buruk tentang penampilannya.
Ads
“Cubalah berbuat baik kepada orang lain supaya semua pihak dapat menjaga satu sama lain.
“Kerana anda tidak pernah tahu apa yang dialami oleh orang itu,” kata bintang filem Wicked ini.
Semoga Ariana kekal cantik dan sihat seterusnya sukses dalam karier. Pentingnya menjaga kesihatan mental lebih-lebih lagi bagi seorang yang terkenal seperti Ariana.
Kata-kata negatif mahupun kecaman boleh mempengaruhi emosi seseorang. Diharapkan Ariana menjadi seorang yang lebih positif.
Kredit Foto: Instagram Ariana Grande
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Garam acap kali digunakan sebagai perencah masakan. Namun tahukah anda butiran halus berwarna putih ini juga memiliki manfaat yang baik untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Intai kebaikan yang boleh dinikmati daripada bahan ini.
Mata Lelah
Larutkan 1/4 sudu teh garam dengan 1/2 liter air hangat, lalu basahkan bahagian mata dengan larutan larutan air garam tadi. Untuk menghilangkan lebam mata pula, larutkan 1 sudu teh garam dengan 1 liter air hangat dan celupkan kapas ke dalamnya. Letakkan kapas pada bahagian mata sambil berbaring selama beberapa minit.
Pembersih Wajah
Campurkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak zaitun dalam mangkuk kecil. Lalu gunakan campuran tadi sebagai pembersih dengan cara mengurut lembut di bahagian wajah dan leher. Bahan pembersih ini efektif menanggalkan solekan dan kotoran tebal. Seterusnya cuci muka dengan sabun dan bilas hingga bersih.
Mengurangkan Kulit Kering Kaki
Rendam kaki dalam air hangat yang telah diletakkan segenggam garam. Kemudian urut kaki perlahan dengan beus halus atau batu apung, agar kulit yang kering dapat diatasi. Biarkan kaki terendam selama 10 minit dan bilas dengan air dingin lalu keringkan. Langkah terakhir, gunakan losyen yang biasa digunakan untuk menjaga kelembaban kulit.
Pengelupasan
Selepas mandi dan kulit wajah masih basah, ambil segenggam garam dan gosokkan secara lembut dan perlahan ke seluruh kulit tubuh. Butiran garam tersebut akan menanggalkan sel kulit mati dan membuat kulit lebih halus.
Merawat Kulit Berminyak
Untuk mengurangi kilatan minyak pada wajah, isi botol penyembur bersaiz kecil dengan air hangat dan tambahkan satu suud teh garam. Semburkan pada wajah lalu keringkan dengan cara ditepuk-tepuk menggunakan tuala.
Mulai sekarang, ambil manfaat garam untuk melakukan beberapa perawatan sederhana ala spa hanya di rumah. Paling penting, gunakan garam yang asli iaitu tidak bercampur dengan unsur lain. Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 90-an menyaksikan fenomena telenovela yang menjadi kegilaan suri-suri rumah, dan Rubi merupakan salah satu telenovela yang cukup popular suatu ketika dahulu. Rubi yang ditayangkan sekitar tahun 2005 di Malaysia dengan 115 episod itu dibintangi pelakon dan model ternama lagi jelita Barbara Mori mengisahkan tentang Rubi, seorang wanita miskin yang kejam dan jahat sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mencapai impiannya.
Pelakon Mexico yang lahir di Uruguay ini mulai terkenal selepas membintangi telenovela hit tersebut dan kemudiannya beberapa siri telenovela dan filem-filem Hollywood seperti My Brother’s Wife, Violanchelo dan lain-lain, malah Barbara juga turut dinobatkan antara salah seorang pelakon Mexico paling jelita ketika itu.
Namun agak sudah lama kita tidak melihat kelibat dan mendengar khabar berita pelakon utama telenovela tersebut yang dikhabarkan makin menghilang dari radar populariti dan lensa media. Kali terakhir Barbara Mori dilihat dalam filem adalah menerusi filem Bollywood, Kites yang digandingkan bersama dengan pelakon Hritrik Roshan pada tahun 2010. Barbara juga baru-baru ini membintangi drama siri Las Azules di Apple TV namun impak lakonannya tidak sebesar impak telenovela Rubi. Malah Barbara dulu juga pernah digosipkan bercinta bersama Hritrik Roshan.
Depresi Dan Pejuang Kanser
Namun tahukah anda di atas kejayaan telenovela tersebut yang ternyata melonjakkan namanya, Barbara dikatakan berhadapan dengan tekanan perasaan dan emosi sehinggakan membuatkan dirinya depresi. Jelasnya dalam satu temubual, walaupun namanya semakin dikenali dengan bayaran yang lumayan, namun selepas setiap kali tamat pengambaran dia akan masuk ke dalam bilik persalinan, mengunci dirinya dan menangis sepuasnya kerana merasakan dirinya keseorangan dan sunyi. Malah Barbara juga disahkan menghidap barah pada peringkat awal dan kini dia sudah sihat sepenuhnya.
Selepas siri itu tamat dan kembali membintangi beberapa buah naskah gred B, Barbara dikatakan enggan lagi berlakon dalam telenovela dan hanya ingin memfokuskan kepada projek-projek tertentu serta kehidupan kehidupan peribadinya.
Kini Bergelar Nenek
Dan yang terbaru, Barbara dikhabarkan sudah menjadi seorang nenek apabila anak tunggalnya, Sergio telah bergelar bapa di usia 18 tahun. Sergio dan isterinya, Natalia Subtil melahirkan anak perempuan yang diberinama Mila sekaligus Barbara menjadi seorang nenek ‘georgeous’ pada usia 43 tahun.
Malah, kini Barbara selesa hidup solo selepas bercerai dengan pelakon Sergio Mayer. Pada tahun 2016 Barbara berkahwin pula dengan pemain besbol Kenneth Ray Sigman, abang kepada pelakon Stephanie Sigman, namun bercerai pada 2017.
Mengintai ke laman Instagram Barbara yang dilihat mempunyai pengikut sebanyak 2.5 juta itu, kini dia banyak menghabiskan masa bersama-sama keluarga, menjaga cucu serta rakan-rakan terdekat. Yang turut menarik perhatian adalah penampilan Barbara yang masih lagi anggun dan cantik seperti anak dara.
Walaupun di usia 44 tahun, Barbara juga dilihat kekal langsing dan menawan. Malah Barbara juga kini aktif melibatkan diri dengan projek-projek kecil di Mexico dan US. Semoga yang baik-baik saja buat pelakon berbakat besar ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Berat badan yang berlebihan dan obesiti adalah satu keadaan berlakunya lebihan lemak dalam badan yang boleh menggangu sistem kesihatan (WHO,2015). Namun begitu, disebabkan gaya hidup yang mewah dengan makanan dan kurangnya senaman, rakyat Malaysia menjadi rakyat yang tergemuk di Asia (The Lancet,2015).
Snek merupakan makanan yang diambil secara sedikit di antara waktu makan utama. Namun begitu jawapan kepada semua soalan yang kerap diajukan ini adalah berbeza bagi setiap individu. Hal ini kerana setiap individu memerlukan kuantiti dan kualiti makanan yang berbeza.
Berikut tip buat mereka yang ingin makan snek tetapi dalam masa yang sama ingin mengawal berat badan:
Ambil makanan yang tinggi serat
Pengambilan serat yang tinggi semasa waktu makan utama oleh melambatkan rasa lapar. Sayur-sayuran yang tinggi dengan serat boleh melambatkan rasa lapar.
Teruskan kunyahan anda
Mengunyah gula-gula getah boleh mengurangkan rasa lapar. Oleh itu, rasa hendak makan snek itu semakin berkurangan.
Snek aiskrim buah
Sejukkan buah-buahan dan jadikan sebagai snek. Menjadikan buah-buahan sebagai snek bukan sahaja menyihatkan tetapi menyeronokkan kerana anda boleh makan tanpa perlu risau tentang jumlah kalori yang diambil.
Tidur yang cukup
Tidur yang berkualiti dan tidak mencukupi akan menyebabkan kita mengambil makanan yang berlebihan pada waktu pagi. Ia disebabkan keadaan hormon yang tidak seimbang.
Sukat dan hadkan kuantiti makanan
Sebelum makan apa-apa jua jenis snek, pastikan anda ambil dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
Snek di restoran mamak
Ambil tosai atau capati dan elakkan roti canai atau pun roti nan berkeju dengan limpahan kuah dhal. Kuah banjir? Elakkan sama sekali. Sebaliknya, cicah kuah sedikit demi sedikit berbanding menuang ke semua kuah di atas tosai atau capati. Sebelum memesan minuman, beritahu kuantiti gula yang anda perlu. Contohnya, “Mamak, teh ‘o’ gula satu sudu teh sahaja.”
Kerapkan senaman
Diet yang rendah kalori sesuai digandingkan dengan senaman yang kerap (lebih tiga kali seminggu) untuk menurunkan berat badan.
Nota: Namun demikian bagi mereka yang sedang mengawal berat badan, ada masanya mereka boleh mengambil snek dan ada masanya tidak boleh. Spesifikasi ini berbeza bagi setiap individu.
INFO: Tiada makanan yang baik atau buruk. Yang ada, hanyalah pengambilan kuantiti dan kekerapan yang betul serta kesesuaian mengikut individu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...