Fesyen

“Sedihlah Orang Cakap Dia Lelaki Lembut” Geram, Ini Reaksi Isteri Prince Syed

Turut terkesan bila suami dikecam, kata Fatin, “Sedihlah orang cakap dia lelaki lembut, geram!” Ini rupanya reaksi isteri Prince Syed!

Gurau senda sentiasa meniti di bibir. Terpancar bahagia, sesekali nampak si suami mengusik isteri, yang biasanya dibalas tepukan manja. Bukan dibuat-buat, tapi inilah keistimewaan pasangan yang kerap viral di media sosial, Prince Syed Shahid atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman dan Fatin Syazwani Ishak.

Bertemu di bilik pameran kondominium mewah Amika Residences di USJ Subang, pasangan ini tenang menjawab pertanyaan demi pertanyaan Nona menerusi video Bling Bling Raya. Antara yang diperkatakan hal lelaki lembut, yang mana hanya isteri Prince Syed saja mampu menjawab.

Konten yang dihasilkan kerap trending,

bukan sahaja di Malaysia malah sampai ke negara jiran. Selain memperagakan busana glamor, karya telekung Swarovski ribuan ringgit, hadiah barang kemas berpeti-peti serta terbaharu, baju raya Barbie sempena sambutan Syawal tempoh hari heboh diperkatakan.
Facebook Prince Syed Shahid

 

Facebook Prince Syed Shahid

 

Prince Syed bijak ‘menjentik’ perasaan pengikutnya dengan idea baru. Meskipun kerap dikecam, ia sekalipun tidak mematahkan semangat lelaki itu untuk menjahit dan menyiapkan lebih banyak busana cantik buat mereka sekeluarga. Sakan sampai berpuluh-puluh pasang dibuatnya!

Lengkap pakej lelaki edisi terhad: Segak, tinggi, pandai meniaga, memasak, menjahit, menyolek isteri dan menguruskan anak – karakter Prince Syed yang serba-serbi hebat ini sering disalah ertikan.

Namun yang terkesan sebenarnya adalah hati si isteri, Fatin Syazwani Ishak. Ibu anak dua itu jujur mengakui, adakalanya sedih melihat kecaman netizen terhadap suami tercinta.

“Rasa sakit hati dan geram, suka hati je panggil laki kita lembut. Tapi itulah, mulut orang kita tak boleh tutup. Yang penting kami tahu hidup kami macam mana,” kata Fatin.

Pun begitu, hati Fatin sebenarnya jauh lebih kuat jika dibandingkan suaminya. Saban kali Syed terasa, dialah yang tampil menenangkan suami sebelum air mata bergenang. Pasangan sweet itu kini bukan saja mengusahakan perniagaan makanan, malah turut mempunyai produk pelangsingan serta mengeluarkan single lagu raya sendiri.

Facebook Prince Syed Shahid

 

Mantap penjelasan Syed tentang dakwaan dirinya ‘lelaki lembut’, jom tengok video eksklusif Bling Bling Nona Part 1 ni…

 

KONTEN

Tanpa berselindung, Syed sendiri mengakui motif utama mereka menghasilkan konten-konten viral sebegini lebih cenderung berkenaan rumah tangga.

“Sebenarnya saya nampak depan mata saya sendiri daripada pengalaman kakak saya. Dia dah kahwin beberapa kali dan lalui banyak dugaan dalam kehidupan. Saya sebagai lelaki tak boleh tengok.

Masa dia dalam pantang pun saya yang menjaga. Hampir meroyan ya, sampai saya pun tak tahu nak buat apa, ambil getah paip dari dalam bilik air simbah dia yang waktu tu (meroyan) sambil pegang anak yang usia baru beberapa hari. Menjerit-jerit.

Saya tak sampai hati.

Takkan saya nak buat perkara yang sama kepada pasangan saya ni. Jadinya saya perlu untuk menyedarkan orang di luar sana agar hargai pasangan. Tak perlu kita ni nak bermewah-mewah untuk nak bahagiakan pasangan, tak payah. Cukup apa yang ada.

Ramai yang DM saya bertanya cara nak bermesra dengan pasangan. Ada yang dah 20 tahun berkahwin, mesej saya minta cadangan. Patutnya mereka yang lebih pengalaman. Tapi alhamdulillah, berkat cadangan saya, membantu mereka,” jelas Syed jujur.

Facebook Prince Syed Shahid

 

Baiknya hati Syed, jom tengok kesudahan video eksklusif Bling Bling Raya Part 2 ni…

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/enggan-lagi-gayakan-fesyen-sarat-stail-minimalis-buat-dsv-nampak-muda-tak-macam-wanita-usia-52-tahun/

Share
Published by
Norzalina