Nampaknya, beberapa selebriti tanahair kini sedang menghitung hari melahirkan zuriat masing-masing. Antara selebriti yang kini sedang menunggu saat kelahiran termasuklah Datin Elvina Mohamad.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Haniff Borhan ini berkongsi beberapa foto “maternity shoot” dirinya dan suami tersayang. Elvina kini sedang sarat hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah usia 36 minggu.
Meskipun sedang sarat hamil, seri ibu hamil ini jelas terserlah melalui beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya. Rasa teruja untuk menatap wajah cahaya mata keduanya menjadi caption untuk hantaran berkenaan di mana Elvina melahirkan rasa tidak sabar menatap wajah anak keduanya itu.
Elvina, 28, mengumumkan berita gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.
Terdahulu sekitar 2021, pelakon itu pernah meluahkan rasa bimbang untuk hamil pada waktu pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian wanita mengandung.
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen berusia empat tahun.
Semoga dipermudahkan proses kelahiran dan mendapat zuriat yang sihat dan sempurna!
This website uses cookies.