Segak Usia 51! Pelakon, Ahli Politik & Usahawan, DATO’ HANS ISAAC Dah Ada 4 Cawangan Restoran

Makin meningkat usia, makin berjaya Dato’ Hans Isaac. Kalau sebelum ini namanya dikenali sebagai pelakon, pengarah dan penerbit kini jejaka berusia 51 tahun berkenaan turut terkenal sebagai ahli politik.

Kian melebarkan sayap dalam pelbagai bidang, kredibiliti bintang filem Persona Non Grata ini terus menyerlah dan diterima ramai.

Dato’ Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac menyertai parti politik Pakatan Harapan (PH) sekitar tiga tahun lepas. Pada awal pembabitannya dalam pentas politik, dia mengakui ramai tidak bersetuju dengan tindakan tersebut namun kini segalanya berubah.

Kredit Instagram @hansisaac
Kredit Instagram @hansisaac
Kredit Instagram @hansisaac

Apatah lagi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 yang juga pemimpin dari blok PH sendiri. Turun padang menjayakan kempen Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini bagaimana pun hanya menggalas jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Selain komited membantu meringankan beban masyarakat kurang bernasib baik sepanjang menyertai politik, Dato’ Hans juga berhasrat untuk sama-sama membangunkan negara.

Tiga tahun berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Hans turut memenangi jawatan sebagai Ketua Cabang Ampang pada Julai lalu selepas pemilihan kedua menewaskan pencabar terdekat, Altimet.

Kredit Instagram @hansisaac
Kredit Instagram @hansisaac
Kredit Instagram @hansisaac

Setelah berjaya mencipta nama sebagai anak seni dan pengarah, Dato’ Hans menambah satu lagi portfolio sebagai ahli politik yang semakin dikenali ramai.

Kemampuannya tidak sekadar dalam industri seni dan politik bahkan Dato’ Hans turut mencuba potensi diri sebagai usahawan restoran yang dikenali sebagai YARL. Sebuah restoran yang menyajikan hidangan Sri Lanka.

Khabarnya Restoran YARL sudah pun mempunyai empat cawangan iaitu di Brickfields, Heritage Row, Taman Tun Dr Ismail dan Ampang.

Kredit Instagram @hansisaac
Kredit Instagram @hansisaac

“Jom layan salah satu restaurant Yarl saya kat Ampang Jaya. Makanan semua halal. Makan Sri Lanka ni ada banyak vegetarian tapi ayam, ikan dan mutton pun ada. Kena try sekali baru tahu guys.

Yarl Ampang starting 2023 we open 7 days a week, 8 am till 10 pm

. Makanan halal dan sedap. A clean restaurant / washrooms as well. Do try out Apam Ice Cream as well.”

Dato’ Hans sebelum ini pernah terlibat dalam pelbagai drama dan filem termasuk Baik Punya Cilok, Cuci, Lemak Kampung Santan.

Share
Published by
Suzi