Buat pertama kalinya, wajah ibu bapa Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa Kalebic tampil di khalayak. Sejak berita perkahwinan Dayang Anisha dan Putera Mateen bertebaran pada Oktober tahun lalu ramai yang ingin melihat ibu bapa jelitawan tersebut.

Ads

Ternyata penampilan ibu bapa bakal pengantin perempuan ini pada Majlis Istiadat Berbedak pada 10 Januari meraih tumpuan.

Kedua-dua ibu bapa Dayang Anisha Rosnah kelihatan cukup segak dan anggun berbusana tradisi rona putih. Ibunya, Siti Mariam Isa merupakan anak perempuan kepada Pehin Datuk Isa.

Manakala bapa Dayang Anisha pula ialah Adam Kalebic yang dikhabarkan pengusaha sebuah restoran.

Segaknya Ibu Bapa Dayang Anisha Berbusana Tradisi Putih, Wajah Bakal Pengantin Diraja Ini Berseri-Seri! Segaknya Ibu Bapa Dayang Anisha Berbusana Tradisi Putih, Wajah Bakal Pengantin Diraja Ini Berseri-Seri! Segaknya Ibu Bapa Dayang Anisha Berbusana Tradisi Putih, Wajah Bakal Pengantin Diraja Ini Berseri-Seri! Segaknya Ibu Bapa Dayang Anisha Berbusana Tradisi Putih, Wajah Bakal Pengantin Diraja Ini Berseri-Seri! Segaknya Ibu Bapa Dayang Anisha Berbusana Tradisi Putih, Wajah Bakal Pengantin Diraja Ini Berseri-Seri!

Majlis Istiadat Berbedak anakanda Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Anak ‘Abdul Mateen Bolkiah dan pasangan, Dayang Anisha Rosnah berlangsung di Istana Nurul Iman, Brunei.

Pada istiadat berkenaan, Dayang Anisha tampil memukau dalam persalinan merah. Paling meraih tumpuan para tetamu ialah kejelitaan Dayang Anisha. Terus naik seri pengantin!

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Permata (@mediapermata)

Segaknya Ibu Bapa Dayang Anisha Berbusana Tradisi Putih, Wajah Bakal Pengantin Diraja Ini Berseri-Seri! Segaknya Ibu Bapa Dayang Anisha Berbusana Tradisi Putih, Wajah Bakal Pengantin Diraja Ini Berseri-Seri! Segaknya Ibu Bapa Dayang Anisha Berbusana Tradisi Putih, Wajah Bakal Pengantin Diraja Ini Berseri-Seri!

Ads

Sultan Brunei dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah antara keluarga diraja terawal yang memulakan istiadat berbedak itu.
Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat dan diadakan secara berasingan. Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lepas.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadual berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Putera Mateen berusia 32 tahun ialah anakanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Sementara Dayang Anisha pula cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI