“Segaknya!” Ketampanan Tengku Ahmad Ismail Jadi Tumpuan Warga Maya, Kini Ditauliah Royal Military Academy Sandhurst

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Sovereign’s Parade Pentauliahan paduka anakanda YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), London, United Kingdom, semalam.

Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM paduka anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Tuan Yang Terutama Dato’ Zakri Jaafar dan isteri Datin Nor Aini Abdul Rahman serta Datuk Pengelola BIjaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd. Ariffin dan Penasihat Pertahanan Malaysia di United Kingdom Brigadier General Dato’ Pahlawan Safwan Ismail.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke istiadat tersebut disambut Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, Jeneral Sir Patrick Sanders.

Pada istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda turut diberi penghormatan menerima Tabik Hormat Diraja diiringi lagu Negaraku.Seri Paduka Baginda juga berkenan beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan bersama Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Jeneral Sir Patrick Sanders dan Panglima Tentera Darat India Jeneral Manoj Pande.

YAM Tengku Ahmad telah melengkapkan latihan ketenteraan di RMAS selama setahun bermula 11 Ogos 2022. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut telah menjalani latihan ketenteraan di RMAS dari tahun 1978 hingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.

Manakala, Pemangku Raja Pahang juga telah menjalani latihan ketenteraan di akademi itu dan ditauliahkan pada bulan Disember 2019 selepas melengkapkan latihan selama 44 minggu.

RMAS adalah sebuah instituti latihan ketenteraan tersohor dunia yang amat terkenal dalam pembangunan kepimpinan dan latihan asas ketenteraan dan pegawai tentera darat.

Di ruangan kepsyen hantaran di instagram Istana Negara, ramai warga maya yang turut memuji ketampanan anakanda Agong dan permaisuri di samping mengucapkan ucapan tahniah kepada Tengku Ahmad Ismail.

Sumber & Foto: Instagram @istana_negara

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus