Bulan Mac berlalu pergi dengan sejuta kenangan manis. Antaranya sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan oleh Nona & Xixili bersama ahli Persatuan Wanita Kastam Malaysia (PEWAKAS) di Putrajaya, minggu lalu.
Majlis yang diatur oleh Nona dengan kerjasama Breast Cancer Foundation Malaysia, pereka fesyen Razman Razmi, jenama pakaian dalam Xixili, Klara Cosmetics dan celebrity hijab stylist, Hana Halim itu berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya dengan kehadiran 100 peserta.
Turut hadir adalah Yang Dipertua PEWAKAS, Datin Sri Usha Rani A/P Muniandy; Timbalannya, Datin Semah Redzuan dan Datin Che Wan Nor Foziah Mohd Yunus; serta Biro Keahlian, Datin Anita Hassan. Selain itu, kehadiran Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) iaitu Dato’ Azimah Abd Hamid turut menambah keserian majlis ini.
Antara highlight menarik adalah acara Fun & Fit With Nona, Fabulous Talk Bersama Kiffy Razak dan Razman Razmi tentang fesyen, ceramah kesedaran kanser payudara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Breast Cancer Foundation, Puan Azuwa Abdullah serta sharing dengan bekas penghidap kanser.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan bicara tentang kepentingan coli oleh wakil Xixili bertajuk ‘My Asset, My Pride’. Memang banyak info menarik disampaikan, malah banyak ilmu baru dapat dikongsi dengan ramai wanita khususnya kesan dan akibat pemakaian coli yang salah.
Selepas berehat untuk makan tengah hari, majlis diteruskan dengan acara step by step tutorial mekap oleh jurusolek artis Klara Cosmetics iaitu Rezu Said dan tutorial hijab oleh celebrity hijab stylist, Hana Halim.
Sambil mengikuti aktiviti yang diatur, peserta juga boleh membeli-belah pakaian dalam Xixili dengan diskaun menarik serta cenderamata oleh Breast Cancer Foundation Malaysia.