Genap seminggu Azrinaz Mazhar Hakim melahirkan puteri ketiganya, sebuah upacara tahnik telah dilangsungkan. Mengambil kerberkatan hari Jumaat dan turut melahirkan anak keempatnya pada hari Jumaat, Azrinaz telah menjemput Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki untuk menyempurnakan upacara tahnik.

IKLAN
Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Instagram @azrinazmazharhakim
Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Instagram @azrinazmazharhakim

Kongsi Azrinaz, “Alhamdulilah, sekali lagi berkat Jumaat penghulu segala hari dan genap seminggu, kami sekeluarga selesai upacara tahnik yang disempurnakan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki,” tulis ibu kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah ini.

Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Koleksi Majalah Nona
Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Instagram @azrinazmazharhakim

Tambahnya di laman media sosialnya, “Tahnik atau disebut masyarakat Melayu sebagai ‘belah mulut’ adalah amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam zam dan madu. Ianya untuk baby berlatih mengunyah makanan dan kuat untuk makan.

Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Koleksi Majalah Nona
Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Koleksi Majalah Nona

Adalah juga disunatkan ketika upacara tahnik dengan memberi nama kepada bayi. Mengambil kesempatan ini, suka saya umumkan nama yang dipilih oleh suami dan saya untuk baby berusia seminggu ini adalah ATHEERA MEDINAH,” coret bekas personaliti televisyen ini telah melangsungkan perkahwinan kedua bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

IKLAN
Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Instagram @azrinazmazharhakim
Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Koleksi Majalah Nona

Sedap sungguh nama cahaya mata terbaharu Azrinaz ini. “ATHEERA bermaksud harum dan MEDINAH bersempena nama kota suci Rasullulah; Madinah. Harapan mommy dan daddy semoga Atheera Medinah menjadi anak yang solehah, mengharumkan nama keluarga, sihat tubuh badan dan berjaya dari dunia hingga akhirat. Amin,” ujarnya.

IKLAN
Seindah Nama, ATHEERA MEDINAH Pilihan Azrinaz Mazhar Hakim Buat Cahaya Mata Terbaharunya
Foto: Koleksi Majalah Nona

Azrinaz telah melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg semalam 26 March 2021 pada jam 1:15 tengahari. Kakak kepada Atheera, Areesya Malaykha kini sudah memasuki usia 2 tahun. Azrinaz juga memiliki seorang anak lelaki, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI