“Sejak Pakai Tudung Ni, Rezeki Makin…” IZARA AISHAH Kongsi Tip Kekal Istiqamah Waktu Berhijab ‘Nak Pakai, Pakai Je..’

Siapa yang tidak mengenali anak tiri Tokti, pelakon dan model Izara Aishah yang sememangnya dikenali dengan bakat serta keanggunannya. Malah, gaya fesyen Izara sering kali jadi ikutan walaupun dirinya kini berpenampilan berhijab penuh.

Dan baru baru ini, Izara Aishah tampil berkongsi tip dan perubahan yang dialami dirinya apabila sejak bertudung. Menerusi sesi LIVE Izara menjawab persoalan seorang peminatnya meminta nasihat bagaimana untuk kekal istiqamah untuk berhijab.

Dalam video berkenaan, aktres berusia 30 tahun itu memberikan tip kepada peminantnya agar terus pakai sekiranya terasa ingin memakai tudung. Dia juga mengakui bahawa iman manusia semestinya ada turun dan naik, namun andai kita berhijab berpaksikan pada niat yang betul semuanya pasti akan dipermudahkan.

Tambah Izara, tidak menjadi kesalahan sekiranya seseorang yang masih belum kuat imannya untuk berhijab. “Takpe tak kuat, pakai je tudung. Kalau nak buka, bukalah. Nak pakai, pakai..” ujarnya.

@user637484748 cantik nya Izara, soft spoken MashaAllah 🤍 #izaraaishah #izaraworld ♬ original sound – user6374

Izara turut berkongsikan yang rezekinya juga semakin murah apabila sejak mula berhijab, malah menyatakan barangsiapa yang berhijab ganjaran pahala sangatlah banyak.

Ujar Izara lagi suatu hari nanti mereka pasti akan berhijab dengan sempurna meskipun pada awalnya terpaksa berperang dengan diri sendiri. “Memang iman kita naik turun, lama-lama dia akan rasa kuat. Akan rasa sendiri yang kita nak menutup aurat,” ujar Bekas peserta program Dewi Remaja 2009/10 itu lagi.

Izara yang juga isteri kepada Muhammad Adib Khalid turut berkongsi keputusan dirinya untuk menutup aurat dengan sempurna adalah selepas terbaca satu ayat dalam kitab suci Al-Quran tentang suruhan-Nya pada hamba-hamba untuk kekal menutup aurat.

Semoga Izara Aishah terus istiqamah hendaknya.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus