Sejarah Berulang, Pemuda Nikahi Nenek 70 Tahun Ini Terkejut Dengan Wajah Isterinya Yang AWET MUDA. Mampan Mekap!

Jika di Malaysia, kisah wanita muda mengahwini lelaki tua dianggap biasa, lain pula kisahnya dengan di negara jiran. 

Selepas kisah Selamat Riyadi, 16, yang menikahi nenek Rohaya, 71, viral sekitar Julai lalu, kini masyarakat di Indonesia gempar sekali lagi dengan khabar perkahwinan Ade Irawan, 21, dengan isterinya Sani, 70.

Meskipun jurang usia mereka bagaikan nenek dan cucu, namun jodoh yang diaturkan-Nya cukup kuat.

Selamat dan Nenek Rohaya

Berbicara soal cinta, Ade menegaskan bahawa faktor usia bukanlah penghalang niatnya untuk melamar Sani. Pemuda tersebut pernah berkahwin sebelum ini namun terlerai kerana kemiskinan keluarganya.

Ramai yang mempersoalkan keputusan Ade, sama ada perkahwinan kali ini sengaja dilangsungkan kerana desakan hidup atau cinta yang sejati.

Namun jawabnya, dia tidak peduli persepsi masyarakat kerana mahu berkahwin kerana Allah dan mahu merasai kemanisan berumah tangga.

Sani dan Ade Irawan

“Saya ikhlas menyukai dan mencintai dia. Saya akan menjaga dia sampai menutup mata. Saya percaya sikapnya pasti berbeza dengan wanita muda yang mahukan itu dan ini,” kata Ade.

Dalam satu majlis yang dilangsungkan di Bogor, Sani yang merupakan seorang janda tanpa anak kelihatan awet muda dalam busana pernikahan serba putih, sementara Ade tampil segak berkot serta bertali leher.

Mereka berharap perkahwinan ini akan berkekalan dan dikurniakan zuriat yang baik-baik. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Tribunnews

Share
Published by
Norzalina