Fesyen

Sejuk Mata Memandang! Jelita Sungguh Permaisuri Selangor Sejak ‘Berhijab’ – “Cantik, menjadi contoh buat semua.”

Sejak memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat sepenuhya sekembalinya dari Jeddah, Arab Saudi. Penampilan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat ke beberapa buah majlis membuatkan ramai terpesona dengan kejelitaan baginda.

Terdahulu, baginda dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telahpun menunaikan ibadah Haji pada tahun 2023 dan segala urusan di sana telahpun dipermudahkan bagi baginda berdua.

Sekembalinya ke tanah air pada 4 Julai lalu, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat ke beberapa majlis rasmi di sekitar negeri Selangor dengan imej berhijab.

Malah, baginda sekali lagi tampil cukup manis dalam persalinan baju kurung merah jambu berselendang dan kali ini juga memilih imej berhijab sempena Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara.

Baginda diiringi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan YMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Rata-rata rakyat di media sosial pantas memuji penampilan baginda ini dengan mendoakan agar baginda terus istiqomah. Pujian turut dilayangkan oleh selebriti tempatan, Nur Fazura yang berbangga mempunyai Tengku Permaisuri Selangor yang sopan dan manis pekertinya.

“Tambah berseri Permaisuri Selangor selepas menunai ibadah haji.”

“MasyaAllah. Cantik dan berseri Permaisuri Selangor.”

“Insannya dah cantik. Anugerah macam ini lagilah cantik berseri.”

“Cantik, menjadi contoh buat semua.”

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Tengku Permaisuri Selangor yang kita sayangi ini.

Share
Published by
Haifa Nasir