“Sekadar Menzahirkan Nikmat” Usia Genap 51 Tahun, DATO’ RIZALMAN IBRAHIM Tunai Umrah

Hari ini 28 Oktober 2022 genaplah usia pereka fesyen ternama, Dato’ Haji Rizalman Ibrahim yang ke-51 tahun. Walaupun usianya itu sudah menjangkau lima dekad tetapi Dato’ Rizalman kekal ‘muda’ dan tampan.

Dato’ Haji Rizalman Ibrahim yang kekal kacak dalam usia 51 tahun.

Istimewanya tahun ini, genap usia ke-51 tahun, Dato’ Rizalman menzahirkan niatnya ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah ditemani dua anak angkatnya serta sahabat terdekat.




Momen perjalanannya ke Mekah telah dikongsi oleh Dato’ Rizalman di Intagram story

miliknya. Bertuahnya Dato’ Rizalman apabila mendapat layanan terbaik sepanjang perjalanannya ke sana.

Menurut Dato’ Rizalman, apa yang paling membuatkannya terharu dan jiwa tersentuh apabila terlalu banyak nikmat yang diberikan berkat jariah membelanjakan hartanya ke jalan Allah SWT menerusi Yayasan RI (Yayasan Rizalman Ibrahim).


Penubuhan Yayasan RI diilhamkan oleh Dato’ Rizalman bernaskan signifikasi amalan bersedekah yang acap kali dipraktikkan dalam kehidupan seharian beliau.

Semoga dipermudahkan segala urusan Dato’ Rizalman di sana serta dikurniakan umrah yang mabrur.

JATUH BANGUN SEBAGAI PEREKA FESYEN
Dato’ Rizalman Ibrahim cukup terkenal dengan rekaannya yang bercita rasa tinggi dan kreatif. Sering menjadi pilihan golongan kenamaan mahupun atasan yang sentiasa percaya dengan kepakarannya.


Sejujurnya, bapa kepada dua orang anak lelaki ini sebenarnya seorang yang cukup merendah diri. Dato’ Rizalman selayaknya digelar ‘guru’ dalam industri fesyen tanah air kerana ilmu serta kebolehan luar biasa yang dimiliki.

“Saya bersyukur kerana dijadikan siapa diri saya sekarang untuk berkongsi ilmu yang dianugerahkan oleh Dia. Saya hanyalah sebagai medium serta watak di pentas dunia ini yang telah berjaya saya sampaikan dengan sempurna.

“Kelebihan yang saya miliki ini adalah satu tanggungjawab. Ilmu itu satu amanah. Saya juga memandang risiko serta kritikan sebagai satu fasa kehidupan yang mematangkan.

“Bila kita tahu semua itu maka kita akan tahu bagaimana formula untuk menjadikan diri kita berguna dan bagus kepada orang lain,” akhiri Dato’ Rizalman yang turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Biarpun beliau telah bersara di dalam bidang fesyen, jenama Rizalman di bawah naungan RIC Group masih lagi giat berkembang dalam cabang-cabang perniagaan lain.

Hari ini RIC Group mempunyai beberapa syarikat yang diterajui oleh Dato’ Rizalman seperti RIC Group Sdn Bhd, RI Network Sdn Bhd, RI Maison Interior, Glamreka, Glamcasa, GW Ads Sdn Bhd dan terkini Yayasan RI berserta Dal Al-Qari Resources dan Rimba Tarim Sdn Bhd.

Kredit Foto: Instgram Dato’ Rizalman Ibrahim

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad