Pada usia 32 tahun, wanita bernama Dyana Roslan ini sudah mengecap cita-citanya untuk bergelar jutawan. Membina empayar perniagaan yang kini viral, DYXY Cosmetics, Dyana antara wajah-wajah pengasas produk mekap tempatan yang patut dibanggakan.

Ads

Kenapa DYXY? Itu soalan pertama Nona ketika berjumpa Dyana. “Sebenarnya DY adalah singkatan untuk nama saya iaitu Dyana, manakala XY pula adalah singkatan untuk jenama Roxy yang merupakan kegemaran saya waktu remaja dulu. Bila saya dan suami berbincang, kami setuju komersialkan nama ni sebab ia senang disebut dan diingati,” jelasnya lembut.

Dalam pertemuan dengan ibu muda ini sempena penggambaran cover majalah Nona April 2018, Dyana turut berkongsi resipi kejayaannya memasarkan DYXY Cosmetics hingga meledak dalam masa 2 tahun. Wow, sungguh mengagumkan!

Kalau nak tahu, Dyana yang merupakan isteri kepada Shah Hafiz dan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Shah Farrel Islam (6 tahun), Shah Dazrin Islam (4 tahun) dan Shah Andrez Islam (4 bulan) juga rupa-rupanya seorang yang bijak mengatur masa!

“Mula-mula tu susah jugak nak galas banyak tanggungjawab. Tapi lama-kelamaan saya dah dapat rentaknya. Kadang-kadang kita kena fikir keutamaan, antara kerja dah rumah tangga, yang mana lebih penting pada satu-satu masa.

Tapi paling penting, saya mesti pastikan wajah kelihatan ‘sempurna’ pada setiap masa. Sebab tu saya sendiri suka menggunakan produk sendiri seperti Facial Mist, BC Cream Foundation dan berus wajah DYXY Cosmetics sebab ia amat ringkas serta bermanfaat untuk kulit kita! 5 minit dah siap dan kita akan rasa sangat yakin dengan kulit yang sihat.”

Nak tahu cara jutawan ni bersolek sebelum ke mesyuarat penting? Jom tengok langkah demi langkah di bawah.

View this post on Instagram

NAK TAU RAHSIA FOUNDER @dyanaroslan GLOWING2 SAKAN ?? . . . . "SEMINIT JEEE DAH FLAWLESS GLOWING MOWING… MUKA TAK BERMINYAK PUN.. BESTNYAAAA!" . . Ya, saya ulang semula.. SEMINIT sahaja untuk kakak kakak bersiap depan cermin. Tepek2 je BC Cream Foundation ni macam pakai compact powder pastu calit lipstick sikit, cap cuss siap dah boleh keluar rumah. Senang ke senang? ? . . Kalau time rushing, pakai Dyxy BC Cream foundation ni dalam kereta pun boleh uolls.. Mudah sangat! ? . . ✔️ Make up tahan sampai 8 jam tau! ✔️ Ada spf 50 utk protect kulit dari sinaran uv ✔️ Full coverage ✔️ BCC boleh tahan sehingga 3 bulan. Jimat! ✔️ Ada oil control utk kulit berminyak ✔️ Sesuai untuk semua jenis kulit . . ❌NO COMPACT POWDER ❌NO FILTER / CAMERA 360 ❌NO PARUT JERAWAT ❌NO JERAGAT ❌NO SUNBURN ❌NO MUKA KUSAM . . Hanya dengan Dyxy BC Cream dan Mineral Face Mist, kakak kakak boleh keluar rumah dengan sangat confident. Eh, abang abang pun ada yg pakai bcc juga tau. Jangan main main! ?? . . Ada OFFER menarik untuk anda semua! BILA BILA MASA SAHAJA BOLEH TAMAT! ? ?? . . . Confirm tak cari lain daahhh❤️? . . . #dyxybccream #dyxygreenteafacemist #bccreambydyana #bccream #teamdyxy

A post shared by DYXY Cosmetics HQ Official (@dyxycosmeticshq) on

Ads

View this post on Instagram

"SEKEJAP JEEE DAH FLAWLESS GLOWING MOWING… MUKA TAK BERMINYAK PUN.. BESTNYAAAA!" . . Ya, saya ulang semula.. SEKEJAP sahaja untuk kakak kakak bersiap depan cermin. Tepek2 je BC Cream Foundation ni macam pakai compact powder pastu calit lipstick sikit, Maskara and then spray dgn Facemist , cap cuss siap dah boleh keluar rumah. Senang ke senang? ? . . Kalau time rushing, pakai Dyxy BC Cream foundation ni dalam kereta pun boleh uolls.. Mudah sangat! ? . . ✔️ Make up tahan sampai 8 jam tau! ✔️ Ada spf 50 utk protect kulit dari sinaran uv ✔️ Full coverage ✔️ BCC boleh tahan sehingga 3 bulan. Jimat! ✔️ Ada oil control utk kulit berminyak ✔️ Sesuai untuk semua jenis kulit . . ❌NO COMPACT POWDER ❌NO FILTER / CAMERA 360 ❌NO PARUT JERAWAT ❌NO JERAGAT ❌NO SUNBURN ❌NO MUKA KUSAM . . Hanya dengan Dyxy BC Cream , Mineral Face Mist, Lipstick dan maskara kakak kakak boleh keluar rumah dengan sangat confident. Eh, abang abang pun ada yg pakai bcc juga tau. Jangan main main! ?? . . Ada OFFER menarik untuk anda semua utk bulan Feb ini ! BILA BILA MASA SAHAJA BOLEH TAMAT! ? ?? . . Whatsapp 010-8997765 & 011-11997339 atau DM terus laju2 . jom dapatkan set Fantastic Lady D TERLAJAK LARIS niii SEKARANG! Confirm tak cari lain ❤️? . . #dyxybccream #dyxygreenteafacemist #dyxybrush #dyxymaskara #dyxylipstick #bccreambydyana #bccream

A post shared by DYXY Cosmetics HQ Official (@dyxycosmeticshq) on

Cara Dyana

  • Semburkan wajah dengan face mist.
  • Oleskan BC Cream Foundation sama ada dengan span yang disediakan atau berus mekap. Berus ni pun kita boleh semburkan face mist dulu supaya foundation lebih meresap.
  • Dab kulit untuk litupan penuh.
  • Pakai maskara pada bulu mata atas dan bawah supaya mata nampak galak.
  • Pakai gincu pilihan.
  • Siap!

Amacam senang tak? Usahawan macam Dyana ni memang kena selalu nampak cantik, barulah pelanggan rasa confident berjumpa pengasasnya. Nak pakai pun senang sangat, cepat dan mampu rawat kulit dalam satu masa.

Ads

Katanya lagi, sekarang DYXY Cosmetics mengeluarkan lima jenis produk iaitu foundation, face mist, gincu, maskara dan berus mekap. Kesemuanya berpatutan dan mudah didapati secara online melalui pihak DYXY Cosmetics sendiri atau melalui stokis yang sah. Taip saja di Instagram, Facebook atau Google, confirm rambang mata!

Sekali Calit Dah Flawless, Inilah Rahsia Founder DYXY Cosmetic Nampak Perfect Dalam 5 Minit!

Lepas dah cuba sendiri, memang tak syak lagi produk DYXY Cosmetics ni setaraf produk mekap antarabangsa di kaunter-kaunter tu. Pigmen warna gincu yang tinggi, bedak tahan lama dan mudah dibersihkan… oh, sangat mesra solat! Kepada sesiapa yang nak jadi usahawan DYXY pun dialu-alukan tau!

Nak tahu lebih lanjut tentang Dyana Roslan serta perniagaan DYXY Cosmetics, dapatkan majalah Nona edisi April 2018 untuk pelbagai sharing menarik!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI