Tahniah diucapkan kepada pelakon Anita Baharom,39 yang selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin dengan sekali lafaz, sekitar jam 11.50 pagi tadi. Majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmillah Wedding Hall Subang itu yang cukup meriah itu dihadiri oleh keluarga dan turut diraikan oleh rakan-rakan media. Memakai persalinan serba putih, Anita Baharom kelihatan sungguh anggun sekali ketika berjalan masuk ke dewan.
Ads
Selepas hampir setahun memegang status ibu tunggal, pelakon itu dikhabarkan sedia bergelar isteri sekali lagi selepas melihat kesungguhan bakal suami, Engku Isyamuddin Tuan Losin yang mahu menjadikannya suri hati.
Memetik laporan Astro Gempak, pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
Terdahulu, suami Anita yang juga bekas penerbit program TV3, Allahyarham Mohd. Ismadi Ismail menghembuskan nafas ketika tidur pada 1 Januari lalu. Perkahwinan Anita dengan Mohd. Ismadi dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8
Namun siapakah lelaki yang bertakhta di hati Anita Baharom ini? Berikut ialah dapatan kami menerusi beberapa sumber di Internet.
Ads
1. Engku Isyamuddin Tuan Losin merupakan seorang duda berusia 48 tahun. Dia mempunyai 8 orang anak hasil perkahwinan bersama bekas-bekas isteri.
2. Difahamkan, Engku Isyamuddin yang bekerja sendiri, sebelum ini adalah Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.
3. Menerusi perkongsian gambar-gambar di laman sosial Facebooknya, Engku seorang yang cukup aktif dan bola sepak adalah antara sukan kegemarannya, termasuk memancing.
Ads
Tahniah NONA ucapkan kepada Anita dan suami, dan semoha perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke jannah.
…berita lain menyusul***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Sumber: FB Artis Malaysia, FB Engku Isyamuddin Tuan Losin | Video: @officialHLive
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru saja pulang dari menunaikan ibadah umrah, Emma Maembong dikhabarkan hamil lagi! selepas agak lama berteka teki dan menyimpan rahsia, pelakon Emma Maembong akhirnya berkongsi berita gembira dengan mendedahkan dirinya kini hamil anak kedua menerusi hantaran di media sosialnya sebentar tadi. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Emma berkongsi momen ketika memaklumkan berita itu bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar sewaktu kandungannya baru mencecah usia dua minggu.
Dalam video tersebut, Emma melakukan ‘gimik’ dengan meminta suaminya membuat ulasan sebuah produk sebelum Shazli menemui alat penguji kehamilan yang disorok di dalam kotak.
“Betul ke sayang? Sumpah?” soal suaminya. Melihat keadaan suaminya yang terkejut sehingga menitiskan air mata, Emma memujuk Shazli sambil memberitahu dirinya kini hamil dua minggu.
“Dua minggu dah. I love you (saya sayang awak),” ujar Emma. Bagaimanapun usaha untuk mengetahui usia kandungan Emma tidak diketahui selepas pengurusnya tidak membalas mesej yang dikirimkan.
Dalam video yang sama, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail juga memberi kejutan kepada keluarga serta teman rapat tentang berita kehamilannya.
Emma Maembong selamat menjadi isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 19 Februari 2020 dan kini merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, Shariq Gabriel yang selamat dilahirkan pada 8 November lalu jam 2.38 pagi. Apa-apapun NONA mendoakan yang terbaik buat keluarga Emma.
Tahniah NONA ucapkan kepada Emma dan suami, semoga kehamilan Emma dipermudahkan.
Berwaspadalah dengan tanda-tanda ini yang boleh menyebabkan strok. Jika tidak segera diberikan perhatian yang serius ia boleh menyerang sistem saraf badan seterusnya menyebabkan lumpuh. Saraf yang diserang pada bahagian otak, penyumbatan atau pecahnya pembuluh darah boleh mengakibatkan strok.
Strok boleh menyerang sesiapa saja secara tiba-tiba tetapi lebih banyak menyerang golongan yang berusia. Selain usia antara faktor lain terjadinya strok ialah genetik, serangan jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, stres berlebihan dan pola hidup tidak sihat.
Berikut tanda-tanda strok yang tidak seharusnya anda abaikan.
LEMAH DI BEBERAPA BAHAGIAN ATAU SELURUH BADAN
Ketika badan tiba-tiba terasa kaku dan lemah di beberapa bahagian badan contohnya muka, tangan, kaki atau keseluruhan badan keadaan ini merupakan gejala umum yang dialami. Ketika ini seseorang itu akan hilang kekuatan dan tidak mampu lagi merasa apa-apa.
PENGLIHATAN TERJEJAS
Waspadalah jika penglihatan anda tiba-tiba menjadi tidak jelas. Ia boleh terjadi sama ada di salah satu mata atau kedua-duanya.
SUKAR UNTUK BERCAKAP
Kemampuan untuk berkomunikasi terganggu di mana anda mungkin sukar untuk mengeluarkan kata-kata dengan jelas dan hilang fokus ketika bercakap sehingga percakapan itu tidak difahami oleh orang lain.
MUAL DAN MUNTAH
Merasa mual dan muntah bukan hanya dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung sahaja bahkan simptom ini turut dialami oleh penderita strok.
KEPALA TIBA-TIBA SAKIT
Peningkatan tekanan pada otak menjadi punca seseorang itu mengalami strok. Biasanya sakit kepala akan terasa sangat kuat dan tidak tertahan. Segeralah berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya yang sebenar.
HILANG KESEIMBANGAN BADAN
Tanda terakhir ialah kehilangan keseimbangan badan secara mendadak serta sukar berjalan, tidak dapat beraktiviti seperti biasa dan kerap merasa kebingungan. Lebih teruk ialah hilangnya kesedaran. Seseorang itu mungkin akan terbaring lemah bahkan koma. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Negara digemparkan dengan pemergian penyanyi veteran Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dan sebentar tadi, suasana pilu menyelubungi Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya ketika jenazah Allahyarham Rohana Jalil tiba sekitar pukul 10.40 pagi sambil disaksikan oleh keluarga Allahyarham dan rakan terdekat yang turut sama mengiringi jenazah untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum Zuhur.
Pemergian bonda tercinta sudah pasti memberikan kesan mendalam terutama sekali buat anak Allahyarham, Syakila Nisha atau Kilafairy, 31 yang memohon agar mendoakan arwah ibunya malah mengakui hari yang paling ditakutinya telah tiba.
‘Rest well, my bidadari syurga.’ Demikian titipan pilu pelakon dan penyanyi, Kilafairy sebaik saja tamat upacara pengebumi ibu tercintanya. Kilafairy sempat memuatnaik gambar di laman Instagramya dengan kepsyen yang ternyata bikin semua warga maya sebak.
“Sekejap je Allah pinjamkan Mama untuk adik dekat dunia ni. The day I feared most has come. No other choice but to face this cruel world without you by my side, Mama. My protector, my guardian angel, my nyawa, my everything.
Allah amik Mama di hari kedua Zulhijjah, Subhanallah 🥹 Allah sayang kita 70x kali ganda lebih dari seorang anak sayang ibu dia. Nanti adik jumpa Mama dekat sana okay. Rest well, my bidadari syurga. I love you,” tulis Kilafairy.
Rohana Jalil dilihat sentiasa berada di sisi Kilafairy malah keakraban perhubungan anak beranak ini sentiasa menjadi perhatian umum dan lensa. Allahyarham Rohana Jalil menghembukan nafas terakhirnya semalam akibat kebocoran usus dan dimasukkan ke hospital sejak April lalu
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...