SYED SADDIQ DI SAMPING IBUNYA, SHARIFAH MAHANI

Kagum dengan semangat kental ibu kepada empat anak ini. Baru sahaja menamatkan perkhidmatan sebagai pendidik pada Ogos lalu, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sememangnya seorang pejuang! Meskipun kanser payudara yang berjaya diatasinya kira-kira tujuh tahun lalu kini kembali menyerang, namun wanita hebat ini tabah mengharungi ujian dengan ceria di samping keluarga tersayang.

Kisah perjuangan Sharifah Mahani menentang kanser payudara mula mendapat perhatian umum apabila anak keduanya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan perkara tersebut di media sosial miliknya. Menerusi posting bertarikh 27 Julai itu, pemuda berusia 26 tahun berkenaan memuatnaik gambarnya di samping ibu tersayang di sebuah hospital.

IKLAN

Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013! Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013!

Kongsi Syed Saddiq yang ketika itu menghadiri persidangan parlimen, dia terpaksa meninggalkan persidangan tersebut lebih awal kerana mahu pulang ke Johor untuk bertemu ibunya.

“My mum is a fighter. In 2013, she won the battle against breast cancer. 2 weeks ago, we found out that the breast cancer is back. Tomorrow mama will be going through her operation to remove the cancerous cells. Saya harap rakan-rakan boleh doakan untuk kesihatan mama. Stay strong ma. I will be there with you all the way.”

Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Seminggu selepas Sharifah Mahani selamat menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser di dalam badan, dia kemudian diraikan dalam satu majlis persaraan setelah lebih 30 tahun bertugas sebagai guru. Jadi, lepas ni bolehlah ibu Syed Saddiq dapat banyak berehat.

Biarpun baru seminggu menjalani prosedur pembedahan tapi Sharifah Mahani tetap gigihkan diri menyertai majlis persaraan berkenaan. Lebih istimewa, dia tampil menawan dalam persalinan songket kuning dan bertudung polos kelabu bak penampilan seorang puteri! Dari riak wajahnya, terpancar sinar bahagia walau kesakitan yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu.

Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013! Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013! Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013! Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013!

“Selamat bersara mama. She has served as a teacher for 38 years. She’s not just my mum, but my teacher. Minggu lepas baru lepas surgery, berentap lawan cancer, hari ni dah kembali sebagai ‘Queen of the day’ untuk majlis persaraan. I love you ma.

38 tahun mama berkhidmat sebagai seorang cikgu. Sekarang mama sudah berumur 60 tahun dan officially seorang pesara. I cannot ask for better parents than mama & abuyah. They dedicate their blood, sweat & tears in making me a better person. I can only wish that I can match them as a responsible parent to my children in the future. InshaAllah.”

IKLAN
Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013!
Di samping kedua ibu bapa

Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013! Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013! Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013!

Mengikuti perkembangan Syed Saddiq, pemuda ini memang gemar berkongsi kisah dan aktiviti keluarga tercinta. Jelas terbukti betapa Syed Saddiq mengutamakan ibu bapa dalam segala hal kerana mereka inilah yang telah banyak berkorban demi kejayaan Ahli Parlimen Muar itu sehingga ke hari ini.

Buat ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani… semoga terus tabah dan kuat mendepani hari-hari mendatang. Kecekalannya berjuang menentang kanser payudara sudah pasti memberi inspirasi kepada seluruh wanita.

IKLAN

 

Kredit: Instagram Syed Saddiq

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI