Cendawan merupakan sejenis hidupan semula jadi yang popular dalam sajian tempatan. Di antara jenis-jenis yang biasa terdapat di pasaran adalah seperti cendawan Tiram Kelabu, Jarum Emas, Shitake, Butang, Ling Zhi dan Telinga Kera/Jeli Hitam. Ada yang dijual secara segar, dikeringkan malah dijadikan serbuk dan kapsul. Segalanya kerana pelbagai khasiat di dalamnya termasuklah diamalkan untuk menyembuhkan penyakit.
Pengambilan cendawan yang enak dan mengenyangkan merupakan satu bonus kepada anda yang ingin menguruskan badan. Ia berkalori rendah tetapi dapat membekalkan tenaga menyamai daging lembu. Manfaat lain pada cendawan adalah vitamin B, asid pantothenic, riboflavin, niasin, selenium, beta glucan dan antioksidan. Bergantung pada jenis yang diambil, semak senarai di bawah untuk khasiat dan kuasa penyembuhannya.
Ads
CENDAWAN BUTANG
Berbentuk butang putih di bahagian atasnya, tumbuhan dengan nama saintifik Agaricus brasiliensis ini sering menjadi kegemaran ramai. Terdapat dakwaan yang mengaitkan cendawan ini dengan fungsi mengawal tekanan darah. Ia juga baik untuk meredakan gastrik. Sangat sedap ditumis atau dijadikan sup.
CENDAWAN SHITAKE
Shitake atau Lentinus edodes banyak ditanam di kawasan tanah tinggi dan bersuhu sejuk. Ia mengandungi lentinan yang bersifat antikanser, membantu meningkatkan sistem imunisasi, menentang bakteria, virus serta toksin yang terkumpul dalam badan manusia.
CENDAWAN TIRAM KELABU
Ini merupakan jenis cendawan yang paling mudah ditanam dan didapati di pasar. Selain kelabu (Pleorotus sajor-caju), terdapat juga jenis yang berwarna kuning (Pleorotus citrinopileatus), merah jambu (Pleorotus flabellatus) dan putih (Pleorotus florida). Tiram Kelabu kaya dengan kandungan protein, serat, vitamin E, selenium, zat besi, kalsium dan magnesium. Ia baik diamalkan untuk mengawal pengaliran darah, menurunkan tekanan darah serta mengawal paras gula dan lipid dalam darah.
CENDAWAN KUKUR
Ads
Cendawan kukur atau Schizophyllum commune baik untuk meningkatkan sistem imun, bersifat antikanser, antiradang, antibakteria dan antiparasit. Ia juga dapat membantu mengawal dan melindungi organ hati manusia.
CENDAWAN JARUM EMAS
Berbentuk jarum dengan batang panjang berwarna keemasan, cendawan Jarum Emas atau Flammulina velutipes banyak dihasilkan di negara China, Jepun, Korea dan Eropah. Ia didapati meningkatkan sistem imun badan, menghalang jangkitan kulat serta virus pada pemakannya. Ia juga bertindak sebagai antiradang, meningkatkan aktiviti perlindungan sel serta menghalang kerosakan DNA dalam sel darah.
Ads
CENDAWAN LING ZHI
Ling Zhi banyak ditanam di Malaysia dan sering dijadikan produk makanan kesihatan. Ia pernah diuji secara klinikal dan diamalkan secara tradisional untuk merangsang imun badan, bersifat antialergi, antiradang, antiviral dan antibakteria. Masyarakat juga percaya bahawa ia membantu melegakan asma serta beberapa masalah pernafasan yang lain. Ling Zhi juga mampu menyembuhkan luka, tinggi antioksidan dan menurunkan tekanan darah.
Pemakanan cendawan merupakan pilihan bebas gluten yang baik, bebas lemak, bebas kolesterol, rendah kalori dan rendah natrium. Nutrien di dalamnya kerap ditemui dalam makanan bersumberkan daging. Ia seharusnya dijadikan makanan tambahan yang lazat dan berkhasiat untuk anda yang mengambil berat perihal makanan sihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila keluar rumah telah dihadkan dan aktiviti tersekat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sudah pasti memasak adalah cara untuk release tension. Memang kita dah biasa masak kari tapi masak kari ini ada macam-macam versi. Apa kata, kali ini kita cuba resipi dari Datin Ismatia.
Kehebatan Datin Isma di dapur dalam menyediakan pelbagai jenis juadah menarik minat warga media sosial untuk mengikuti perkembangannya. Berkunjung ke laman Instagram, Masak With Passion membuat kecur air liur.
Dengan jumlah pengikut seramai 404 ribu yang begitu setia menonton video masakan yang dihasilkan olehnya. Ramai yang telah mencuba resipi Datin Isma dan kalau ikut betul-betul gerenti jadi, kaedahnya.
Personaliti anggun asal Kelantan ini juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan Tia Amelia. Apabila ditanya tentang perkongsian resipi di media sosial, jawabnya, “Saya langsung tidak rasa rugi berkongsi resipi sebaliknya saya gembira apabila ada yang menghantar mesej di Instagram berterima kasih kepada saya kerana tidak kedekut ilmu.
Bagi saya ilmu yang saya ada ini bukanlah besar mana pun, tidak luak jika saya berkongsi. Bukankah berkongsi ilmu itu satu perbuatan yang dianjurkan oleh agama kita. Saya rasa gembira dapat membantu wanita-wanita yang tidak pandai memasak namun akhirnya mereka pandai kerana mengikut tutorial video di Instagram saya sehinggakan suami mereka memuji kebolehan mereka memasak dan meminta lagi mereka masak resipi tersebut,” katanya.
Bila lama-lama duduk rumah dan tak digalakkan keluar ke mana-mana aktiviti mak-mak biasanya keluar masuk dapur je kan? Masa ini lah macam-macam yang teringin nak makan. Nak keluar beli pula, kita hanya boleh keluar dalam radius 10 kilometer saja. Nak tak nak semua kena masak sendiri kan.
Petang-petang macam ni memang sedap makan baulu. Tekak pun teringin nak makan baulu tapi tak ada acuan yang diperbuat daripada tembaga tu, apa tah lagi nak cari sabut untuk bakar baulu. Tapi jangan risau, kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga, kan? Guna saja apa yang ada di dalam rumah seperti blender dan sandwich maker.
Bahan-bahan;
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila (tak ada pun tak apa)
Cara membuat;
1. Masukkan telur dan gula ke dalam blender. Kisar bahan ini sehingga kembang lebih kurang dalam 6 minit.
2. Bila telur dah kembang, masukkan esen vanila dan tepung.
3. Sapukan minyak atas pansandwich maker kemudian masuk adunan ke dalam acuan.
4. Bakar sehingga lampu di sandwich maker bertukar menjadi hijau atau lebih kurang 5 minit.
Dah siap untuk di makan bersama teh panas petang ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masakan pedas sering kali dikaitkan dengan sajian masyarakat Negeri Sembilan. Menggunakan banyak ramuan cili terutama cili padi dalam hidangan, bezanya masakan pedas Negeri Sembilan kerana ia tidak menggunakan ramuan bawang. Tapi rasanya tetap menyelerakan!
Sebagai memenuhi selera anda menjelang hujung minggu ini, Nona kongsikan dua resipi berasaskan cili api berikut. Selamat mencuba!
Udang Goreng Bercili
Bahan A:
300 gram minyak masak
180 gram bawang merah
100 gram halia
100 gram bawang putih
80 gram udang kering
100 gram cili kering
100 gram cili merah
70 gram buah keras
Bahan B:
80 gram air asam jawa
300 gram udang harimau (digoreng)
70 gram gula
70 gram garam
60 gram cili hijau
60 gram tomato
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan A. Tumis hingga garing dan tuang air asam jawa serta garam secukupnya. Apabila bahan-bahan tersebut sudah masak, masukkan udang harimau yang telah digoreng dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Kacau perlahan-lahan sehingga masak. Sedia untuk dihidang.
Daging Masak Cili Padi
Bahan-bahan:
1 liter santan
1 kg daging
120 gram bawang merah
90 gram bawang putih
90 gram halia
80 gram serai
90 gram lengkuas
90 gram buah keras
80 gram cili padi
20 gram daun kunyit
70 gram serbuk kunyit
50 gram cili merah
50 gram cili hijau
60 gram tomato
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Tuang santan dalam periuk dan panaskan. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan. Sesudah itu, masukkan buah keras dan serbuk kunyit.
Biarkan seketika sebelum memasukkan daging. Kacau sekali lagi dengan perlahan supaya tidak pecah minyak. Akhir sekali, bubuh garam secukup rasa bersama hirisan cili merah, cili hijau dan tomato. Suziana Abu Daud
Resipi: TERIMA KASIH PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE, HAZMIL & CEF MOHD AZIZI MOHD SOHKEH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...