Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air. Kunci kepada kulit yang cantik dan mulus pula adalah mengekalkan kadar kelembapan bawah kulit yang seimbang.
Kulit yang sihat hanya diperoleh apabila mempunyai kelembapan diperlukan. Jika kurang air dalam tubuh maka kulit akan kering dan tidak bermaya. Ayuh singkap rahsia kulit lembap secara semula jadi.
(a) Serum kembali lembapan kulit
Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalurkan nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap. Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur. Kulit terasa lebih anjal dan segar dengan berkeyakinan.
(b) Krim tabir suria sebagai perisai kulit
Ads
Sinar matahari memang baik untuk kesihatan kerana merangsang tubuh menghasilkan vitamin D. Namun, sisi lain jika terlalu terdedah kepada sinar matahari tanpa perlindungan mengundang kesan buruk kepada kesihatan kulit. Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih. Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra. Kesan cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan lembapan kulit malah merangsang jeragat dan noda hitam.
(c) Losen tubuh sebagai pelindung
Kebanyakan wanita memilih losen badan tanpa mengetahui fungsinya. Ada yang memilih losen hanya semata-mata gemar aroma yang tercipta. Fungsi sebenar losen adalah memberi lembapan di bawah kulit. Pastikan losen yang dipilih berkualiti dan mampu memberi kelembapan sebenar kepada kulit dalam tempoh yang lama.
(d) Teh hijau kekal lembapan kulit
Ads
Peminat teh pasti tahu ada berbagai jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksidan tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
Ads
(e) Pengelupasan pelihara kulit
Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan diri perlu peka tentang kelembapan kulit sendiri. Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kondisi kulit agar tetap dalam keadaan lembap. Kulit wajah yang lembap kunci wajah yang lebih muda.
(f) Bedak asas bantu kekal lembapan kulit
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita Asia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Eh, jangan terlalu teruja memakai gincu sehingga anda kelihatan seperti badut! Cuba selidik dahulu kekuatan dan kelemahan rupa paras kita, sebelum memilih gincu bibir mana yang perlu dibeli supaya nanti anda tidak ditertawakan.
PANDUAN MEMILIH
(a) Untuk kegunaan harian
Pilih warna dua kali lebih gelap daripada kulit wajah anda.
Buat perbandingan di antara warna senada merah jambu dan merah. Merah jambu dan merah sangat sesuai untuk semua jenis tona kulit dan nampak ‘kena’ untuk kebanyakan gaya penampilan dan gaya rambut.
Jangan terlalu menonjolkan warna bibir pada waktu siang, kecuali anda akan menghadiri majlis keraian.
(b) Merah yang sesuai
Kenal pasti tona kulit anda. Adakah ia cerah, sederhana cerah, kuning langsat atau gelap?
Cara pilih warna gincu yang sesuai dengan kulit:
Untuk kulit cerah, merah gelap atau coral red dengan undertones merah jambu sesuai untuk anda.
Bagi anda yang berkulit kuning langsat, merah jambu atau biasan kranberi dan merah bata menonjolkan seri wajah.
Jangan risau jika anda berkulit gelap. Pilih rona gincu seperti merah dengan biasan warna merah burgundy atau coklat.
Merah adalah pilihan terbaik dan universal. Anda tidak mungkin kelihatan janggal dengan warna ini!
(c) Tip membeli gincu
Cuba dahulu baru beli. Warna yang terpapar di bahagian luar kotak gincu biasanya boleh mengelirukan dan tidak tepat.
Bersihkan gincu yang masih bersisa sebelum mencuba warna gincu yang lain agar anda boleh membuat perbandingan dengan tepat.
Kombinasi di antara warna gincu sedia ada dan gincu yang dicuba mungkin nampak cantik bersama atau mungkin sebaliknya. Minta makeup remover daripada jurujual berhampiran.
Wajah polos tanpa solekan adalah cara terbaik untuk melihat keserasian di antara warna gincu dan kulit anda. Solekan lain hanya akan menjadi ‘halangan’ untuk anda membuat pilihan.
Minta bantuan jurujual untuk membolehkan anda membuat keputusan. Pandangan profesional membantu anda membuat pilihan yang sesuai dengan tona kulit.
(d) Padanan gincu bibir dengan penampilan
Jangan oles gincu bibir yang sama warna dengan baju anda. Baju merah dan gincu merah misalnya akan kelihatan tidak menarik.
Pilih salah satu, solekan mata dramatik atau olesan rona gincu bibir yang dramatik. Maskara dan penggaris mata berwarna coklat gelap di antara alis mata sudah mencukupi untuk kelihatan menawan.
Apabila anda menggunakan solekan smokey eye, gincu dengan rona merah jambu lembut atau nude adalah padanan terbaik. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raut wajah yang lembut dan menawan, senyuman manis, lemah lembut serta sopan itu antara pesona yang dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Keperibadiannya juga tidak terperi hebatnya.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Tengku Puteri Daulath yang berusia 20 tahun ini turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
Setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi, Tengku Fatimatuz Zahra’ sering menjadi sorotan lensa. Ini membuktikan Tengku Fatimatuz Zahra’ antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Bukan hanya pesona yang dimilikinya bahkan busana yang disarungnya terutama bercirikan tradisional serta songket Terengganu sering menjadi perhatian perhatian ramai.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 tahun Masihi bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan oleh Ayahandanya, Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kredit Foto: Instagram @terengganu_royalfamily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dunia Bollywood heboh seketika apabila aktres Kajol yang kini mencecah usia 48 tahun, mengumumkan berehat daripada dunia media sosial namun hakikatnya, ia gimik semata kerana aktres cantik yang merupakan isteri aktor Ajay Devgn itu bakal membintangi siri terbaharu sekaligus membuktikan dirinya masih menjadi rebutan produser di sana.
Seorang yang gemar berkongsi perkembangan kerjaya serta terkini, gambar realitinya vs Instagram dalam persalinan gaun hitam, kemas kini Kajol sentiasa mencuit hati peminat. Tak hairanlah wanita dengan pengikut seramai 14.5 juta itu sentiasa menjadi rebutan produser Bollywood.
Gempar seketika apabila aktres kesayangan ramai itu dilihat membuat hantaran dengan berlatar belakangkan warna hitam dan kenyataan mengapa dia memilih untuk berehat daripada media sosial.
“Sedang berhadapan ujian paling berat dalam hidup.” Kajol
Rupa-rupanya hantaran ini merupakan gimik kepada watak terbarunya dalam siri The Trial, seorang peguam yang berdepan cabaran hidup terbesarnya! Pheww… ingatkan apalah sebab Kajol merajuk tadi!
Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama 23 tahun itu mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgn dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgn.
Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandungan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’. Anak lelaki mereka pula dilahirkan pada tahun 2010.
Ketika Nysa dilahirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu dan menolak sebarang tawaran berlakon memandangkan bintang Kuch Kuch Hota Hai ini pernah mengalami keguguran.
Bintang Dilwale Dulhania Le Jayenge itu sebelum ini agak aktif di media sosial terutama di Instagram apabila sering berkongsi foto dan momen keluarga termasuk bersama suaminya, Ajay Devgn, anak perempuan, Nysa dan anak lelaki mereka, Yug. Selain itu dia juga kerap berkongsi momen throwback lakonannya dalam filem seperti Gupt and Bekhudi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.