Pemutihan kulit secara cepat bukan lagi suatu cerita baru. Walau sudah banyak tragedi buruk menimpa wanita tetapi keghairahan untuk memiliki kulit yang putih tetap berleluasa.

Ads

Bagi wanita Asia, kulit yang putih adalah simbol kecantikan dan ia mampu meningkatkan keyakinan diri. Kegilaan wanita Barat untuk memiliki kulit yang sawo matang pula langsung tidak memberi kesan pada trend tersebut.

Keadaan cuaca dan geografi Asia yang panas dan lembap dikatakan menjadi punca kulit kusam, bintik hitam dan pigmentasi di bawah kulit. Masalah mula timbul apabila kesan pemutihan kulit yang tidak terkawal mengakibatkan kulit lebih rosak.

Kesan sampingan pemutihan seperti penggunaan merkuri yang melebihi dos, penggunaan hidrokuinon yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit yang lebih kronik atau membawa maut.

Pengelupasan kulit ini boleh menyebabkan melanin kulit terhakis. Tanpa melanin kulit menjadi lemah dan tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.

Selain Matahari, Inilah Punca KULIT GELAP & ROSAK! Semak Cara Betul Menjaganya Ikut Jenis Kulit

Faktor-Faktor Yang Menjejaskan Warna Kulit

(a) Dalaman

Tekanan, stres, letih, lesu, gangguan fungsi kelenjar endokrin, pengaruh ubat-ubatan, penyakit kulit, proses penuaan, kurang tidur dan genetik.

Ads

(b) Luaran

Penggunaan produk kosmetik yang tidak berkualiti, terdedah lama di bawah sinar matahari dan UV, rawatan kulit yang salah serta pencemaran udara dan radikal bebas

Panduan Asas Jaga Kulit

Ads
  • Elakkan membersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan. Gunakan tisu basah atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
  • Bersihkan solekan di mata dengan berhati-hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati-hati akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
  • Jangan menggunakan skrub wajah yang terlalu kasar. Penggunaan skrub terlalu kasar boleh mencederakan kulit.
  • Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
  • Dapatkan nasihat doktor dan ambil suplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan.

(1) Kulit Sensitif

  • Elak menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia.
  • Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.
  • Elak bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
  • Pilih skrub yang tidak terlalu kasar untuk mengurangkan iritasi pada kulit.

(2) Kulit Berminyak 

  • Bersih wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
  • Pilih suplemen yang mengandungi vitamin C.

(3) Kulit Kombinasi 

  • Jika ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada kawasan zon-T dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
  • Elakkan membersihkan wajah dengan menggunakan produk yang berunsurkan buih kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.

(4) Kulit Berjerawat

  • Jika anda mempunyai masalah ini, anda disarankan untuk berjumpa pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
  • Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih yang tidak diketahui kandungannya.
  • Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
  • Elakkan memicit jerawat pada muka anda dengan kuku. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI