Fesyen

Selain Pakai ‘High Heels’, Ikut Tip Fesyen Ni Untuk Nampak Lebih Tinggi!

Wanita yang bertubuh rendah seringkali mempunyai kesulitan  untuk mencari pakaian yang sesuai dan sempurna. Selain itu, pemilihan pakaian yang salah mampu membuatkan penampilan wanita bertubuh rendah kelihatan lebih kecil dan janggal. Ikuti tip berguna ini agar tampil lebih menyerlah sekaligus menambahkan keyakinan anda.

 

PAKAIAN BERJALUR TEGAK

Sentiasa memilih pakaian yang mempunyai jalur menegak kerana ilusi ketinggian pasti mampu terbentuk dan jika anda memilih garisan mendatar, anda akan tampak lebih besar. Anda juga boleh memilih plate

dress kerana ia pasti menimbulkan ilusi tinggi dan pasti tampak lebih ranggi kerana corak plate yang kebetulan sedang hangat sekarang.

 

MEMAKAI TUMIT TINNGI

Ia adalah cara paling mudah untuk tampak tinggi tetapi anda haruslah memilih kasut tumit tinggi yang ketinggiannya tidak melampau kerana bimbang anda akan kelihatan terlalu mencuba ke arah itu. Elakkan dari memilih jasut jenis gladiator

kerana ia bukan sahaja tidak sesuai malah anda akan kelihatan lebih pendek daripada sepatutnya.

ELAKKAN FABRIK BERTEKSTUR

Elakkan memilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik bertekstur dan besar kerana anda akan kelihatan lebih pendek dan percaya ataupun tidak, ia akan memberikan satu gambaran yang anda akan kelihatan lebih gemuk. Sekiranya anda ingin mengenakan sweater atau baju sejuk, pilihlah material yang nipis dan bentuk potongan leher ‘V’ bagi menimbulkan ilusi yang lebih tinggi.

 

MUAT DENGAN DIRI PEMAKAI

Sentiasa memakai pakaian yang betul-betul dengan saiz badan anda dan elakkan daripada memilih kemeja yang terlalu besar atau terlalu kecil. Ini akan membuatkan anda tampak lebih pendek. Anda juga perlu elakkan daripada memakai baju yang mempunyai corak yang searat seperti poket atau drapping

kerana ia akan membuatkan anda nampa berat dan pendek.

 

 

 

 

 

Share
Published by
Fadhli Ismail