Puasa tetap puasa, raya tetap raya walaupun hanya di dalam rumah. Tidak perlu nak tunggu kemunculan raya tahun ni, baru kita nak beria-ria deko rumah. Apa kata hari ini dan esok kita siap-siapkan sikit apa yang patut untuk meraikan kedatangan Ramadan dengan meriah.
Ads
- Buang habuk dan sawang! Hal ini perlu ditangani segera kerana sebelum ada hati untuk cat rumah atau apa sahaja makeover yang anda ingin lakukan. Pastikan segala habuk dibasmi segera.
- Benteras segala serangga dan makhluk perosak. Perang habis-habisan kerana sudah pasti kita tidak mahu melihat lipas berkeliaran sana-sini. Buang segala najis cicak atau tikus yang bertaburan di mana-mana. Suasana rumah kita perlu sentiasa bersih, baru segala ibadat dan aktiviti kehidupan berjalan dengan sempurna, sihat dan selamat.
- Maksimumkan penggunaan kabinet di kediaman anda. Semua barang yang tidak perlu digunakan, segera disimpan agar ruang lebih kemas, lapang dan teratur.
- Ruang dinding paling utama perlu diambil perhatian. Jika anda mempunyai cat boleh lakukan sekarang. Jika tidak dalam keadaan PKP mungkin ada kedai yang buka. Pilih warna yang segar dan cerah agar nampak lebih luas dan bersih. Elakkan untuk tahun ini, cat dinding berwarna-warni.
- Jika anda mampu mengecat rumah, jangan lari jauh daripada kelompok warna asal. Pilih warna yang sesuai dengan perabot dan deko yang anda. Dalam keadaan PKP ini mungkin mengehadkan pergerakan anda untuk shopping perabot baru. Mungkin juga boleh menggunakan teknik cat lain seperti guna span atau garisan.
- Bagi menambah seri kediaman, jika sebelum ini ruang tamu tiada serinya dengan pokok hijau atau bunga, boleh membeli secara online pokok artificial (hati-hati untuk pastikan kualitinya) agar ruang tamu baru kelihatan lebih segar dan redup mata memandang.
- Anda boleh serikan feature wall. Berjimat tetapi kekal cantik dan menyegarkan kediaman anda. Tukar gaya feature wall dengan gaya berbelang mungkin tetapi jangan lari terlalu jauh dengan kelompok yang sama dengan ruang lain.
- Mungkin pada bahagian dinding bilik, jika anda ada bajet lebih boleh membeli secara online kertas dinding berkualiti. Hati-hati dengan pilihan coraknya, jangan sampai tersasar dengan konsep yang ada.
- Boleh keluarkan langsir lain yang ada dalam simpanan untuk tukar. Langsir sedia ada tergantung sekarang boleh buka untuk dibasuh. Jika anda lebih kreatif dan ukuran tingkap dalam bilik dan ruang tamu sama, boleh tukar-tukar penggayaannya. Ini akan memberi kesan berbeza dan terasa segalanya baru. Perubahan di mata akan memberi kesan kepada semangat baru anda di rumah.
- Lihat pada cermin yang terhias di dinding, jika kelihatan comot dan tidak berkilat, gilap dengan menggunakan kertas atau surat khabar lama. Kesat pada cermin setelah direnjis dengan pencuci cermin. Jika ingin berjimat, guna sahaja teh kelat dan renjis pada lilin.
- Masanya untuk anda cuci sendiri dan jemur karpet agar bersih. Kalau kediaman anda sebelum ini berkonsepkan minimalis, kali ini buatlah sedikit pengecualian dengan menghadirkan bantal-bantal hias mungkin bermotif Timur Tengah bagi menghidupkan suasana Ramadan.
Ads
Ads