Dalam Islam, gerakan sujud membawa konsep merendah diri sambil memuji-muji keagungan Allah SWT. Sambil membuat segala permintaan, bersujud juga mengikis sifat-sifat tercela seperti angkuh, sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Terdapat 13 rukun dalam solat dimana salah satunya ialah sujud. Sujud adalah satu perbuatan yang melibatkan beberapa anggota badan yang tertumpu ke bumi iaitu dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut dan kedua hujung jari kaki.
Kewajipan bersujud pada Allah menerusi solat lima waktu tidak perlu dipertikaikan lagi. Bahkan apabila nyawa sudah dicabut daripada badan saat ajal menjemput nanti, perkara pertama yang akan dihisab adalah tentang solat.
Selain menjaga waktu solat, kualitinya juga perlu dijaga kerana sesetengah daripada kita kerap melakukan khilaf dalam tidak sedar.
KESILAPAN SUJUD
Salah satu yang dimaksudkan adalah kekhilafan melakukan sujud ketika dahi sedang berlapik dengan telekung selain sejadah. Nampak remeh bukan?
Mungkin juga sudah bertahun-tahun anda menganggap ia sebagai perkara biasa. Namun perkongsian daripada usahawan dan penceramah Aishah Hijanah ini telah membuka mata ramai.
Menurut tertib ditunjukkan olehnya, dahi kita hanya dibolehkan bersujud atas fabrik yang sudah siap dihamparkan sebelum mula menunaikan solat.
Solat tak sah jika dahi berlapik pakaian kita.
CARA SUJUD WANITA
1. Dahi tak boleh berlapik dengan apa-apa pakaian yang kita bawa bersama dalam solat. Contohnya telekung, tudung, ridha (yang kita letak dekat bahu daripada awal solat), kopiah, songkok, serban, purdah, niqab. Senang cerita, pakaian yang melekat kat kita masa solat.
2. Tetapi kalau sebelum solat, kita buka purdah kita, then kita letak dekat tempat sujud, ataupun kita guna sejadah, kain putih mcm nenek-nenek selalu buat, ridha yg kita mmg letak dekat tempat sujud sebelum solat, maka boleh kalau dahi kita sujud di atasnya.
Ingat, apa-apa yang tidak bersambung atau melekat pada pakaian yang kita pakai dalam solat, itu boleh.
3. Tapak tangan? Tapak tangan kalau berlapik, tak apa. Yang pentingnya adalah dahi. Dahi tak boleh ada halangan daripada tempat sujud. Tapak tangan kalau terlapik dengan telekung tak apa.
4. Kalau telekung terbang sebab angin kuat sangat, tarik telekung tu supaya tak menghalang dahi daripada kena tempat sujud.
LELAKI TAK TERKECUALI
Bukan sahaja buat golongan wanita, sebenarnya lelaki juga kadangkala mengalami situasi ini. Bezanya, mungkin sujud mereka terhalang akibat rambut berjurai jatuh, kain baju mahupun kopiah yang tiba-tiba menutupi dahi.
Bagi memberikan pemahaman yang tepat, sebenarnya Ustaz Azhar Idrus pernah berkongsikan penjelasannya sebelum ini. Tegasnya andai dahi berlapik dengan fabrik yang terdiri daripada pakaian kita sendiri, solat itu adalah tidak sah. Wallahualam.
Kredit: Instagram Aisyah Hijanah
This website uses cookies.