Selain Shopping, Ini 5 Aktiviti Mengujakan Wanita Yang Mesti Anda Cuba Di 1 Utama!

Lebih dari sekadar membeli-belah, kini kebanyakan shopping mall menawarkan pelbagai aktiviti hiburan dan sukan untuk pengunjung. Salah satunya di 1 Utama Shopping Centre. Ayuh semak 5 aktiviti untuk wanita ini yang boleh anda cuba hujung minggu nanti!

 

(1) FlowRider

 

 

 

 

Rindu nak meluncur tapi tiada masa hendak ke pantai? FlowRider adalah tempat yang sesuai untuk mengasah kemahiran anda dalam sukan papan luncur air.

Bagi wanita yang tiada kemahiran meluncur, usah risau kerana tenaga pengajar di FlowRider memastikan para pengunjung berpeluang untuk mempelajari kemahiran meluncur yang pastinya mengujakan!

 

(2) WINDLAB Indoor Skydiving

 

 

 

 

Anda sukakan aktiviti ekstrem terjun udara atau skydiving? Nah, kunjungi WINDLAB yang terletak di dalam 1 Utama Shopping Centre.

Dahulunya tempat ini dikenali sebagai AirRider Indoor Skydiving, ia menawarkan pengalaman terjun udara pada ketinggian 14,000 kaki kepada para pangunjung. Mereka juga akan dibekalkan dengan peralatan yang lengkap untuk keselamatan seperti sut, topi keledar dan cermin mata.

 

(3) ROLLERWA

 

 

 

 

Rollerwa adalah sebuah gelanggang aktiviti berkasut roda yang berasal dari Korea. Rollerwa telah dibuka baru-baru ini pada 23 Disember 2021, menawarkan pengalaman yang menyeronokkan!

Di gelanggang ini juga dilengkapi dengan muzik dan lampu yang berwarna-warni untuk memberi keceriaan semasa bermain kasut roda. Anda boleh membawa kasut roda sendiri, atau boleh menyewa kasut roda di sini. Jika anda minat akan aktiviti berkasut roda dan budaya K-Pop, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk ke Rollerwa!

 

(4) Morac Go Kart

 

 

 

 

Morac Go Kart juga baru dibuka pada Disember lepas. Rasakan debaran adrenalin dengan melakukan aktiviti go kart di sini. Morac Go Kart menawarkan litar yang luas dan suasana yang seronok untuk penonton dan pelumba.

Trek sepanjang 420m ini akan memberi kepuasan kepada para pelumba untuk berlumba dengan penuh kelajuan!

 

(5) Saranghae Bridge

 

Saranghae Bridge merupakan tempat yang tidak memerlukan anda untuk melakukan aktiviti yang ekstrem. Tempat ini sesuai untuk anda bersantai dan menikmati keindahan lampu LED yang cantik terutama pada waktu malam.

Di sini juga para pengunjung boleh ‘kunci cinta’ mereka dengan menggunakan mangga dan kuncikan di pagar-pagar yang disediakan. Pada yang suka mengambil gambar dan inginkan suasana romantik, bolehlah singgah ke sini!

 

DESTINASI URBAN

Banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini selain dari yang disenaraikan di atas. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba semuanya, bukan? Jadi jangan tunggu lagi, ajak kawan-kawan dan keluarga anda #PusingSelangorDulu pada hujung minggu ini!

Walaubagaimanapun, para pengunjung diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Share
Published by
Norzalina