Selain Shopping Online, Sekarang Ni Dah Ada Kad Perubatan Online Tau! Senangnya ANAK MUDA Sekarang

Kos perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 12.7%** dalam tempoh 5 tahun akan datang. Tingginya!

Dengan peningkatan ni, keadaan pasti akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan millennial, menghadapi kesukaran melunaskan bil perubatan yang kian melambung sekiranya mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan atau pembedahan.

Jadi menyedari hakikat berkenaan dan bagi memastikan golongan millennial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika mereka baru mengorak langkah untuk berdikari, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan Kad Perubatan Online 

yang pertama di pasaran Malaysia.

AXA eMedic dapat membantu golongan millennial yang terdiri dari kalangan profesional serta keluarga muda membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.

Dengan pelancaran eMedic, AXA AFFIN Life kini menawarkan insurans nyawa, kesihatan serta perlindungan kanser secara dalam talian dengan hanya beberapa klik sahaja dan ini menjadikan AXA AFFIN sebagai perintis digital disrupsi di Malaysia.

Share
Published by
Rosmah Idayu