Gaya Hidup

Selain Simpan Azam Untuk Diri Sendiri, Rumah Juga Perlukan ‘Nafas Baru’ Sempena 2018! Berikut 5 Cara Cipta Nuansa Segar Ruang KEDIAMAN!

Hunian merupakan ruang privasi serta tempat berlindung daripada segala bahaya termasuklah hujan dan panas. Maka, faktor keselesaan sangat penting bagi sesebuah hunian. Kehadiran tahun baru turut mencetuskan motivasi buat kita untuk mencipta suasana baru dalam hunian.

Masih belum terlambat untuk anda mencurahkan idea-idea baru agar hunian kelihatan lebih segar dan menarik. Jom semak tip ini.

HUNIAN DENGAN WARNA GELAP

Hunian dengan penggunaan interior warna gelap namun elegan contohnya navy, emerald green atau olive green pasti membuatkan suasana segar di tahun baru semakin terasa. Hunian dengan dominasi warna interior gelap dijangka akan popular sepanjang tahun ini. Bagi keseimbangan warna, aksen tembaga atau elemen faux-fur lebih sepadan bagi menjadikan tampilan interior hunian lebih edgy.

HUNIAN DENGAN HIASAN DINDING BESAR

Nuansa segar sempena tahun baru boleh juga dicetuskan dengan meletakkan hiasan dinding berukuran besar di ruang kegemaran. Hiasan tersebut boleh diletakkan di ruang tamu, ruang keluarga atau bilik tidur. Ruang terlihat lebih kemas dan ringkas sekaligus dapat ‘merehatkan’ pandangan mata.

MEWARNAKAN LELANGIT

Lelangit berwarna putih itu mungkin sudah biasa. Tetapi jika lelangit diwarnakan selain putih akan terlihat lebih menarik. Selain itu, jika anda tidak mahu mewarnakan seluruh permukaan lelangit mungkin anda boleh mewarnainya sebahagian saja.

DEKORASI UNIK

Tahun ini dijangka bakal ditonjolkan elemen dekorasi hunian yang unik dan berbeza daripada kebiasaan. Mungkin juga ada yang kelihatan aneh contohnya menggantungkan koleksi gitar pada dinding dan sebagainya. Namun jika anda menghiasnya di ruang yang khusus ia mungkin tidak pelik.

HUNIAN DENGAN INDOOR PLANT

Dekorasi hunian yang menggunakan indoor plant atau tanaman hijau akan terus menjadi trend sehingga tahun ini. Antara tanaman-tanaman yang sesuai ialah jenis kaktus, terrarium atau succulent plant. AMY MOHD

Share
Published by
Suzi