Ketika melangkah turun dari tangga, tiba-tiba tubuh hilang kawalan dan terus terjatuh tidak sedarkan diri. Pernah tak rasa pengalaman macam ini? Selepas diperiksa doktor, barulah dimaklumkan bahawa inilah simptom pesakit yang mempunyai tekanan darah rendah.
Tekanan darah rendah berlaku kerana jumlah darah yang mengalir ke organ utama seperti otak dan buah pinggang agak perlahan dengan tekanan darah di bawah 90/60. Tekanan darah rendah ini lebih bahaya kepada wanita yang mengandung kerana boleh menyebabkan pitam dan pengsan.
Selain mendapatkan bantuan perubatan, terdapat beberapa petua mudah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan tekanan darah rendah ini.
Air Garam
Kandungan sodium dalam garam boleh membantu meningkatkan tekanan darah. Campur setengah sudu teh garam ke dalam segelas air dan minum.
Kopi
Minuman yang berkafein dapat membantu meningkatkan tekanan darah. Cukup dengan minum secawan kopi sehari pada waktu pagi.
Kismis
Kismis dikatakan baik untuk mengubati hipotensi atau tekanan darah rendah secara semula jadi. Rendam 30 biji kismis ke dalam secawan air dan biar semalaman. Makan kismis tadi satu per satu sebelum sarapan. Anda juga boleh minum air rendamannya . Lakukan ini selama satu bulan.
Kemangi
Daun kemangi ini bermanfaat untuk membantu mengatasi tekanan darah rendah kerana kaya dengan vitamin C, magnesium dan kalium. Buat jus daripada 10 hingga 15 helai daun kemangi, dan tambahkan juga satu sudu teh madu. Minum jus ini setiap hari pada waktu perut kosong.
Jus buah bit
Jus bit mentah sangat membantu untuk tekanan darah tinggi mahu pun tekanan darah rendah. Untuk hipotensi, minum secawan jus bit dua kali dalam sehari selama satu minggu. Ini adalah satu lagi cara tradisional untuk mengatasi tekanan darah rendah.
Jus Lemon
Jus lemon sangat berkesan untuk mengubati tekanan darah rendah, terutama apabila disebabkan kerana dehidrasi. Minum jus lemon yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula. Ini akan membantu memberikan tenaga dan merangsang fungsi hati dan membantu sistem pencernaan. Hamizatul Maizan Mohamed