Selamat Berangkat Ke Tanah Suci, Sultan Selangor & Tengku Permaisuri Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin selamat berangkat ke Tanah Suci hari ini. Memetik kenyataan dari Bernama, Seri Paduka Baginda berdua ke Kota Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.  

Difahamkan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin mengerjakan ibadah haji bermula 20 Jun hingga 4 Julai.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Bernama, pesawat khas yang membawa Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3 petang.  

VIDEO SULTAN SELANGOR & TENGKU PERMAISURI SELANGOR BERANGKAT KE MEKAH

Kredit Instagram @bernamatvofficial

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri mengenakan persalinan serba putih sambil diiringi bacaan doa sebelum berangkat ke Mekah.  

Turut kelihatan ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Zatashah, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Kredit Facebook @selangorroyaloffice
Kredit Facebook @selangorroyaloffice
Kredit Facebook @Selangor Royal Office
Kredit Facebook @selangorroyaloffice

Sultan Selangor juga berkenan memaklumkan pada 28 Julai 2023, Baginda akan berangkat ke London untuk menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate.

Baginda dijangka akan kembali ke tanah air pada 15 Ogos dan sekiranya kesihatan mengizinkan Baginda akan berangkat balik lebih awal daripada tarikh yang berkenaan.

Baginda berharap rakyat mendoakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor ketika menjalankan ibadah haji dan memperoleh haji yang mabrur.  

Artikel berkaitan https://www.nona.my/anggun-jelita-usia-52-tahun-tengku-permaisuri-selangor-cantik-berhijab-buat-ramai-terpaku/

Share
Published by
Suzi