Bertambah lagi seorang penyeri rumah tangga selebriti wanita ini. 9 Jun lepas, pelakon dan pengacara Raja Farah selamat melahirkan bayi perempuan dan pilih nama Ilana untuk anak keempat ini. Alhamdulillah, kini ibu dan anak berada dalam keadaan baik dan teruja dengan kehadiran cahaya mata baharu berkenaan.

Berkongsi perkembangan terkini di media sosial, bintang filem Haq ini turut berkesempatan memuat naik video memaparkan dirinya sebelum dan selepas kelahiran anak keempat.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan wajah tenang Raja Farah sewaktu mengalami kontraksi.

Isteri jelita Iskandar Ismail ini dilaporkan selamat bersalin pada 9 Jun lalu di sebuah hospital swasta.

Artikel https://www.nona.my/sepi-dari-bidang-lakonan-raja-farah-kini-bahagia-jadi-ibu-bakal-bersalin-anak-ke-4/

Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Raja Farah & Suami Pilih Nama ‘Ilana’ Untuk Anak Keempat! Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Raja Farah & Suami Pilih Nama ‘Ilana’ Untuk Anak Keempat!

Ujarnya, “Syukur alhamdulillah. Saya selamat melahirkan baby girl 9 Jun 2024, 1.05 petang, normal delivery.

Syukur Ya Allah. Keluarga kami dah berenam sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudah.”

Genap seminggu selepas kelahiran, ibu berusia 35 tahun ini mengumumkan nama bayi perempuan tersebut. Raja Farah dalam pada itu memaklumkan memilih nama Ilana untuk anak keempat.

“Alhamdulillah. Hari ni genap tujuh hari usia baby. InshaAllah kami menamakan zuriat keempat kami ini ‘ILANA BINTI ISKANDAR’.

Doakan Ilana menjadi anak yang solehah dan segala doa yang baik-baik untuk Ilana. InshaAllah. Aamiin Ya Rab. Terima kasih semua.”

Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Raja Farah & Suami Pilih Nama ‘Ilana’ Untuk Anak Keempat! Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Raja Farah & Suami Pilih Nama ‘Ilana’ Untuk Anak Keempat!

Nama Raja Farah mula dikenali peminat seni tanah air sekitar awal tahun 2000. Sepanjang bergelar anak seni, dia berjaya membintangi banyak drama dan filem.

Antara lakonan hebat Raja Farah termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal dan Salon.

Antara rakan artis seperjuangan dan melonjak populariti pada era itu ialah Diana Amir dan Yana Samsudin.

Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Raja Farah & Suami Pilih Nama ‘Ilana’ Untuk Anak Keempat! Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Raja Farah & Suami Pilih Nama ‘Ilana’ Untuk Anak Keempat! Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Raja Farah & Suami Pilih Nama ‘Ilana’ Untuk Anak Keempat!

Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Imran, Ilham dan Intan.

Wajah cantiknya menghiasi iklan komersial TV, Beras Floral ketika dia baru menginjak usia remaja. Selain berlakon, Raja Farah juga pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI