Tengok anak membesar depan mata pastinya menjadi impian ramai ibu bapa. Tidak terkecuali buat pelakon berbakat besar, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid. Sejak melahirkan cahaya mata sulung dan bergelar ibu kepada Ahmed Mohsein, jelas terpancar wajah bahagia isteri Ahmed Faris ini.
Lebih terbukti apabila kebanyakan posting Sharifah Amani atau mesra disapa Nani di media sosial berkisar tentang keluarga dan anak tersayang.
Ibu Ahmed Mohsein, Sharifah Amani Titip Salam Ramadan
Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Nani memuat naik gambar terbaharu yang memaparkan dirinya memakai tudung dan meraih pujian followers dan peminat.
Ujar Sharifah Amani, “Salam Ramadan dan selamat berpuasa semua. Semoga segala ibadah kami diterima dan diberkatiNya. InshaAllah.”
Berkongsi perkembangan terkini permata hati kesayangan, bintang filem Mukhsin berkenaan meluahkan rasa syukur dikurniakan anugerah terindah Ahmed Mohsein. Dalam masa sama, terbit rasa sayu melihat anaknya kian meninjak usia.
Sharifah Amani Sayu Ahmed Mohsein Membesar Sihat & Injak Usia
“Happy 8 months son. Mum is still on set working while writing this. You just fell asleep next to your Bapak.
We were talking about how big you’ve gotten and that made mum sayu sedikit, but Bapak kamu reminded me that it’s okay because we are right there with you every step of the way.
Ads
InshaAllah sampai bila-bila. Selamat membesar buah hati kami. Thank you for being our best friend, Ahmed Mohsein.”
Rezeki Sharifah Amani dan Ahmed Faris Amir dikurniakan bayi lelaki ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun.
Berkat doa dan impian untuk menggalas tugas sebagai ibu bapa, Allah makbulkan hasrat mereka untuk timang cahaya mata sulung pada 26 Jun 2024.
Ternyata kehadiran bayi lelaki ini memberi seribu makna dan kebahagiaan buat adik kepada pelakon Sharifah Aleya tersebut.
Sementara itu, Sharifah Amani turut menitipkan ucapan penghargaan buat suami tercinta sempena ulang tahun kelahiran Ahmed Faris pada 4 Februari lalu.
Rumah Tangga Bahagia Sharifah Amani
“Happy belated birthday Bapak Mohsein. From day one, even before Mohsein sampai you’ve gone above and beyond. Thank you for the sleepless nights and the exhausting days. You will always be the favourite person and Mohsein’s first word.
May Allah protect and keep you healthy and happy always, mudah-mudahan. Selamat ulang tahun yang ke-37. Sayang you till when when.”
Ads
Sharifah Amani merupakan anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar dan adik-beradiknya turut aktif dalam industri lakonan termasuk Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.
Menelusuri kerjaya seni Sharifah Amani, dia membintangi banyak filem antaranya Sepet, Gubra, Gol dan Gincu dan Cinta. Dia juga pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19.
Aktres ini mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated pada 10 September 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis perkahwinan ala bangsawan pelakon tampan Sidharth Malhotra dengan aktres Kiara Advani yang diadakan di Suryagarh Palace, Jaisalmer seakan belum lagi reda walaupun sudah mengikat tali perkahwinan pada 8 Februari lepas.
Memandangkan tiada telefon bimbit dibenarkan dibawa masuk ke dalam majlis perkahwinan tersebut, maka tiada sebarang gambar perkahwinan mereka yang dapat dilihat oleh netizen sewaktu itu. Namun, pasangan yang sudah pun bergelar Mr dan Mrs Shershaah ini akhirnya berkongsi gambar perkahwinan mereka menerusi media sosial masing-masing.
Mereka kelihatan cukup segak mengenakan baju pengantin di majlis perkahwinan ala Diraja Rajasthan yang dilangsungkan dengan cukup sempurna itu. Kiara Advani kelihatan cantik dalam lehenga merah jambu yang direka oleh Manish Malhotra. Manakala Sidharth Malhotra pula tampak segak mengenakan sherwani gading.
Menerusi sebuah video perkahwinan yang dikongsikan oleh kedua-dua pengantin, majlis perkahwinan mereka yang bertemakan merah jambu cair itu telah dilengkapi dengan band muzik yang dibawakan khas dari Delhi.
Sidharth Malhotra dan Kiara Advani juga telah melalui beberapa upacara perkahwinan yang penting dan ia turut diakhiri dengan majlis tarian Bollywood. Hanya dihadiri oleh teman dekat, anggota keluarga, dan pemai industri, beberapa selebriti juga dilihat turut hadir meraikan pasangan pengantin termasuk Shahid Kapoor dan Mira Rajput, Karan Johar, Isha Ambani dan Anand Piramal, serta Juhi Chawla bersama suaminya Jay Mehta.
Untuk rekap, Kiara Advani dan Sidharth Malhotra bertemu buat pertama kali dan jatuh cinta di set filem Shershaah pada 2021. Dalam film tersebut, Sidharth memegang watak tokoh tentera bernama Vikram Batra dan Kiara Advani menjadi kekasihnya yang benama Dimple Cheema.
Tahniah NONA ucapkan buat kedua-duanya, semoga perkahwinan dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermula menerusi drama siri Nur Kasih yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu, perjalanan anak seni bernama Ummi Naziera ini tak mudah.
Selepas berhempas pulas, memegang watak demi watak akhirnya bakatnya yang tidak sememangnya dapat disangkalkan lagi akhirnya diiktiraf. Selepas 16 tahun bergelumang dalam bidang seni lakonan, akhirnya Ummi Naziera berjaya mengondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik semalam menerusi Anugerah Drama Sangat yang berlangsung semalam.
“Sepanjang 16 tahun saya berlakon di industri, ini merupakan kali pertama saya dapat mengenggam trofi anugerah. Syukur, Alhamdulillah,
“Saya rasa manis. Kemenangan ini cukup manis kerana perjalanan saya sebagai seorang pelakon bukan satu perjalanan yang mudah.” ujarnya.
Menurut pemilik ama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, meski sudah berjaya mendapatkan sebuah anugerah, tidak bermakna dia sudah selesa, malah Ummi masih lagi mahu menimba ilmu dan memperbaiki lakonannya.
“la banyak mengajar saya untuk tidak mengambil mudah akan kerjaya seni saya. Walaupun dah menang, saya tetap masih perlu lakukan yang terbaik bagi kepuasan saya sebagai pelakon.” katanya lagi.
Semalam, Ummi turut berjaya menewaskan beberapa barisan pelakon yang turut tercalon dalam kategori itu seperti Fauziah Ahmad Daud, Fasha Sandha, Nabila Huda, dan juga Siti Saleha.
Tahniah NONA ucapkan kepada Ummi Naziera. Semoga kejayaannya ini terus jadi inspirasi buat semua wanita di luar sana.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari mata kasar, dillihat kehidupan berpoligami ni sangat mudah dan menyeronokkan. Iya lah, lelaki mana yang tidak suka apabila dapat beristeri dua atau lebih. Cantik-cantik pula tu. Namun, hidupberpoligami bukan suatu perkara mudah kerana seseorang suami itu bukan sekadar perlu berlaku adil terhadap pasangan namun harus bijaksana dan disiplin dalam mengemudi rumah tangga.
Bertuah nasib badan pelakon lelaki kacak Ashraf Muslim apabila dia dilihat berjaya mengharungi kehidupan perkahwinan berpoligami dengan baik bersama kedua-dua isterinya.
Apa yang menariknya, bilangan ahli keluarga Ashraf Muslim akan bertambah lagi apabila isteri keduanya, Wan Sakinah kini sedang hamil anak ketiga. Ashraf berkongsi sendiri berita gembira itu kepada peminatnya di laman instagram miliknya. Ashraf turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.
Walaupun sudah masuk minggu kedua Syawal, Ashraf Muslim dan kedua-dua isterinya masih lagi dalam mood beraya kerana mereka sekeluarga masih berkesempatan pulang ke kampung halaman yang terletak di Serkam Pantai, Melaka. Untuk Syawal kali ini, Ashraf dan dua bidadari syurganya memilih busana raya sedondon berwarna coklat.
Ashraf berkahwin dengan isteri pertama, Dr Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah dan kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand. Hasil dua perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Sarah Ashraf (4 tahun), Adam Ashraf (3 tahun), dan Anas Ashraf (2 tahun).
Gembira melihat pasangan ini boleh hidup dengan bahagia lebih-lebih lagi melihat hubungan antara Dayana dan Sakinah yang sangat akrab seperti adik-beradik yang tidak dapat dipisahkan walaupun terpaksa berkongsi suami dan hidup bermadu. Tidak semua wanita yang sanggup dimadukan. Diharapkan semoga hubungan baik antara mereka sekeluarga terus berkekalan dan terus dilindungi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.