
Setiap kali memikirkan menu seimbang dan berkhasiat untuk sarapan pagi, pasti hidangan berasaskan oat menjadi pilihan. Namun begitu, oat jika dinikmati begitu sahaja pastinya mempunyai rasa yang hambar dan kurang menarik untuk dinikmati. Jadi, untuk menambahkan keenakan hidangan berasaskan oat, apa kata tambahkan kurma sebagai bahan tambahan.
Sememangnya kurma mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Tahukah anda, kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan usus? Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
Resipi Oat Kurma yang dikongsikan oleh Tania Pawanteh ini boleh dicuba untuk menu sarapan pagi yang berkhasiat dan baik untuk sistem pencernaan dan jantung. Selamat mencuba!

OAT KURMA
Bahan-bahan:
- 2 cawan oats
- 3 ½ cawan air
- ½ cawan buah kurma (dipotong kasar)
- 1 sudu makan gula perang
- secubit serbuk kayu manis
Cara Membuat:
Masukkan oat bersama air ke dalam periuk. Masak di dalam api yang kecil sehingga oat menjadi masak. Tambahkan kuah kurma yang telah dipotong kasar ke dalam periuk. Akhir sekali, tambahkan sedikit gula perang. Kacau sehingga sebati. Untuk menghidangkannya, taburkan dengan sedikit serbuk kayu manis. Makan ketika ia masih panas.
Tip Masakan: Masak oat selama lebih kurang 15 minit. Tetapi ia harus sentiasa dikacau agar oat masak sekata dan tidak kembang.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kurang Sejam Dapat Siapkan Masakan IKAN yang LAZAT LAGI BERKHASIAT. Ibu Ibu Sibuk Boleh Cuba Petang Ini

Nikmati hidup bebas stres dan daya ketahanan badan yang kuat dengan hidangan berasaskan ikan.
Jika selama ini anda lebih suka menjamah sajian daging atau ayam, tukar menu ikan pula untuk mendapatkan otot yang kuat, jantung sihat dan hormon yang stabil.
Selain kaya dengan zat protein yang tinggi, sumber makanan ini juga sesuai dinikmati oleh wanita yang baru melahirkan bayi. Di samping membaik pulih sel dalam badan, juadah ikan juga baik untuk pertumbuhan rambut baru. Memang tepat disajikan untuk wanita berpantang.
(a) Bawal Masak Asam Pantai Timur

Bahan-bahan:
- 150 ml minyak masak
- 1kg ikan bawal
- ½ cawan air asam jawa
- ½ sudu teh biji sawi
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- Sepotong halia
- Sedikit kunyit hidup
- ½ biji lobak merah
- 2 tangkai cili merah
- Sedikit garam
- 1 sudu teh lada hitam
- Sedikit daun sup
Cara membuat:
Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dipotong halus. Tumis hingga naik bau. Masukkan pula cili merah diikuti dengan setengah sudu biji sawi dan lobak merah yang dipotong halus. Seterusnya, masukkan air asam jawa, lada hitam dan garam untuk perasa. Letakkan daun sup untuk hiasan. Siap untuk dihidang. Anggaran tempoh penyediaan masakan ini adalah lebih kurang dalam 20 minit.
(b) Tenggiri Ala Sze Chuan

Bahan-bahan:
- 150 ml minyak masak
- 1kg ikan tenggiri
- 5 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- Sepotong halia
- 200 gram sos cili
- 100 gram sos tiram
- 2 sudu besar kicap
- Sedikit minyak bijan
- 3 tangkai cili kering
- Sedikit tepung jagung
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dipotong halus. Kemudian masukkan satu sudu besar sos cili, sos tiram dan kicap. Letak sedikit minyak bijan dan masukkan cili kering yang dipotong bersama tepung jagung sebagai agen pemekat. Tuang kuah yang telah siap tadi ke atas tenggiri yang sudah siap digoreng. Tempoh penyediaan masakan ini adalah lebih kurang 20 minit. Suziana Abu Daud
Resipi: TERIMA KASIH EKSEKUTIF SENIOR PEMASARAN DEMC SPECIALIST HOSPITAL SHAH ALAM, AMIRAH RAHMAT
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuasa Herba Segar Untuk Hidangan RINGKAS!

Sebut sahaja herba rosemary, thyme, basil,oregano,sage dan parsli amat sinionim dalam hidangan barat. Ia sering digunakan sebagai penambah rasa, aroma dan keenakan hidangan. Kepelbagaian herba segar ini digunakan untuk hidangan lazat yang ringkas, namun kuasa herba segar ini menjadikan hidangan lebih nikmat!

- PAI AYAM
BAHAN-BAHAN INTI PAI
1 cawan isi ayam|hiris nipis
1 cawan cendawan butang|hiris nipis
1 tin sup cendawan butang
1 tin kacang pis
1 biji bawang besar|potong dadu
1 biji kentang|dipotong dadu dan direbus
1 sudu besar lada sulah
1 sudu oregano
2 sudu besar mentega
1 biji kuning telur
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)
BAHAN UNTUK PASTRI:
100gm tepung gandum
50gm mentega
secubit garam
Sedikit air
CARA MEMBUAT:
Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika. Masukkan sup cendawan butang, ubi kentang, kacang pis, oregano, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit. Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas pai. Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas. Sapukan sedikit kuning telur. Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak pada suhu 200C.

- PASTA AGLIO OLIO CHICKEN SALAMI
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket spageti|direbus
1 paket salami ayam
1/2 cawan air
sedikit serbuk pati ayam
2 sudu makan mentega
2 sudu minyak zaitun
5 ulas bawang putih|cincang halus
1 biji cili merah atau hijau|dicincang
Sedikit daun ketumbar|dihiris
5 biji tomato ceri
Sedikit lada hitam|ditumbuk
Garam secukup rasa
Sedikit herba segar thyme, oregano
CARA MEMBUAT:
Hiris salami ayam dan asingkan. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau atau merah. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan salami ayam tadi. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, garam dan tomato. Masukkan daun ketumbar dan herba segar seperi thyme, oregano dan chili flakes. kacau rata dan hidangkan ketika masih panas.

- SANDWIC SALAMI AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti berserat tinggi
4 keping salami ayam|dipanggang seketika
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Sedikit herba dill
Hirisan bawang holland secukupnya
Daun salad secukupnya
Sedikit mayonis
Sedikit Thousand Island
CARA MEMBUAT:
Ambil sekeping roti berserat tinggi dan sapukan sedikit mentega diatasnya. Kemudian susun salad diikuti tomato, timun dan bawang holland. Paipkan sos pilihan di atas sayur-sayuran tadi. Letakkan 2 keping salami ayam diikuti sekeping lagi roti berserat tinggi yang disapukan mentega. Kemaskan dan hidangkan bersama sos pilihan.

- GRILLED SAUTEED CHICKEN WRAP
BAHAN-BAHAN:
2 ketul dada ayam
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak zaitun
4 tangkai herba oregano
1 biji bawang besar
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala kuning
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT :
Potong ketulan dada ayam menjadi kepingan kecil . Kupas semua bawang merah kemudian nipis-nipis . Potong semua cili capsicum . Panaskan minyak zaitun dengan sedikit mentega. Masukkan semua bawang merah dan bawang putih , kacau bawang dan biarkan sampai layu serta wangi. Masukkan isi ayam dan dikacau sehingga ayam masak. Kemudian masukkan oregano dan dikacau semua bahan sampai ayam separuh masak . Masukkan lada benggala dan garam secukupnya. Untuk menggulung tortilla atau wrap, panaskan ia terlebih dahulu tanpa minyak di dalam kuali. Kemudian susun sayuran pilihan diikuti ayam yang telah dimasak. Tambahkan sos pilihan dan hidangkan.

- PESTO GRILLED VEGETABLE PASTA
BAHAN-BAHAN:
1 paket spaghetti
1 keping dada ayam
1 ulas bawang putih
1 biji kecil bawang holland
5 keping tomato kering
1/2 biji hirisan lemon
Beberapa helai herba Basil segar
Sedikit parutan keju parmesan
BAHAN-BAHAN PESTO
2 genggam herba Basil segar| cuci dan toskan hingga kering
1 ulas bawang putih
1 genggam kacang pine|digoreng tanpa minyak hingga wangi
3 camca besar parutan keju parmesan
1/2 cawan minyak zaitun
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
Untuk menyediakan sos pesto, masukkan bawang putih dan kacang pine ke dalam mesin pencincang makanan. Kisar hingga hancur. Masukkan herba Basil dan kisar seketika. Tuang minyak zaitun dan kisar hingga bersatu. Tambah parutan keju parmesan dan sedikit garam. Kisar sekejap lagi dan pesto siap dan asingkan seketika. Sementara itu,panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga layu. Masukkan daging ayam, kacau dan masak hingga isi ayam berubah warna. Tambah tomato kering, kacau rata dan biar hingga isi ayam masak. Matikan api, alihkan ke dalam bekas lain dan sejukkan. Untuk menyediakan spaghetti pula, didihkan air untuk merebus spaghetti. Tambah sedikit garam. Rebus spaghetti sehingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan spaghetti tadi. Tos dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dengan sos pesto dan parutkan keju parmesan dan herba basil sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

- SAUTEED MUSHROOM SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti berserat tinggi
1 mangkuk cendawan campuran
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Sedikit herba dill
Hirisan bawang holland secukupnya
Daun salad secukupnya
Sedikit mayonis
Sedikit Thousand Island
CARA MEMBUAT:
Ambil sekeping roti berserat tinggi dan sapukan sedikit mentega diatasnya. Sementara itu, panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan tumiskan campuran cendawan sehingga kekuningan. Kemudian susun salad diikuti tomato, timun dan bawang holland. Paipkan sos pilihan di atas sayur-sayuran tadi. Letakkan cendawan yang telah ditumis diikuti sekeping lagi roti berserat tinggi yang disapukan mentega. Kemaskan dan hidangkan bersama sos pilihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nikmati Puding Karamel Air Tangan Sendiri Kala PKP, Simple & Sedap Guna Blender Saja

Memasak boleh membantu mengurangkan stres, siapa setuju? Masak untuk keluarga tercinta di samping boleh mengisi masa yang terluang ketika PKP ni dan sedikit sebanyak boleh mengasah skil memasak. Suami pun makin sayang bila tengok isteri menyediakan hidangan luar dari kebiasaan.

Manisan sememangnya boleh menceriakan seseorang, puding karamel salah satunya. Puding karamel ini memang menjadi kegemaran semua orang. Menikmati puding karamel yang sejuk baru keluar dari peti sejuk memang boleh membahagiakan. Bukan susah buat puding karamel ini hanya guna 4 bahan saja dan kisar atau pukul guna blender saja.

Bahan-bahan;
2 senduk gula (untuk karamel/gula hangus)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
Cara membuat;

Masuk gula dalam loyang untuk buat karamel.




Masuk telur, susu cair dan susu pekat dalam blender, kisar.

Kemudian masukkan esen vanila. Kisar seketika.

Tuang dalam acuan tadi.
Kukus selama 20-30 minit. Biarkan sejuk dan masuk dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
Sedia untuk dihidang.
*Tip: Kalau mahu puding yang tebal boleh ganda dua bahan susu cair, susu pekat dan telur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


