MAWAR RASHID

Enam hari lalu, Mawar Rashid selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah ditemani suami, anak dan ibu tersayang. Sepanjang berada di sana, pelbagai kata-kata positif dan luahan rasa syukur dikongsikan pelakon cantik ini buat tatapan peminat di laman Instagram. Daripada banyak-banyak posting yang dimuat naik, salah satu perkongsian Mawar yang cukup memberi inspirasi adalah mengenai kecekalan dan kekuatan ibunda tersayang atau lebih mesra disapa dengan panggilan Abai.

IKLAN

Mengintai latar belakang Mawar, isteri Raf Yaakob ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam. Difahamkan ibu Mawar berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum
berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid. Meskipun Mawar kini sudah berumah tangga dan bergelar ibu kepada seorang anak, namun Abai sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah mahupun senang.

Selamat Tunai Umrah, MAWAR RASHID Dedah Kekuatan Ibunya Seorang Mualaf & Buat Umrah 4 Kali Selamat Tunai Umrah, MAWAR RASHID Dedah Kekuatan Ibunya Seorang Mualaf & Buat Umrah 4 Kali

Tidak hairanlah Mawar sanggup membawa Abai ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Pastinya usahawan Mawar Rose ini merasakan ia adalah masa terbaik untuk membalas jasa insan istimewa tersebut. “Alhamdulillah syukur akhirnya dapat jejak di Tanah Suci dengan mummy Mawar (Abai). Dari Mawar habis sekolah, duk pasang niat nak bawak Abai pergi. Dan sekarang ni syukur we all dah sampai sini.

Walaupun Abai mualaf, tapi Mawar sangat respect dengan keinginan Abai. Abai dulu pasang niat nak jejak ke sini at least 7 kali. Dan kali ni ialah kali ke-4. Alhamdulillah Allah jemput kami kali ni.”

Dari gambar-gambar yang dimuat naik Mawar sepanjang mereka berada di Mekah, jelas terserlah keakraban ibu dan anak ini. Malah, peminat turut tersentuh melihat hubungan baik mereka berdua.

Selamat Tunai Umrah, MAWAR RASHID Dedah Kekuatan Ibunya Seorang Mualaf & Buat Umrah 4 Kali Selamat Tunai Umrah, MAWAR RASHID Dedah Kekuatan Ibunya Seorang Mualaf & Buat Umrah 4 Kali Selamat Tunai Umrah, MAWAR RASHID Dedah Kekuatan Ibunya Seorang Mualaf & Buat Umrah 4 Kali

“Abai, adik nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada terbuat salah dengan Abai. Kalau adik ada terkasar, kalau adik ada buat Abai kecik hati. Abai memang the best mom, the best grandmother.. Adik tak dapat balas jasa Abai terlalu besar. Adik hanya boleh berusaha sebaik-baiknya untuk bagi kesenangan kat Abai. Adik tak nak terlambat cause I love you so much. And Abai dah banyak guna tenaga Abai untuk anak-anak sampailah sekarang.

IKLAN

Abai tolong jaga semua cucu-cucu Abai, termasuklah Rafael. Sampai sakit pinggang Abai.. Abai memang satu dalam sejuta Abai. Abai baik dengan semua orang, slalu nak
masakkan bagi orang, selalu nak tolong orang, pemurah, sangat lembut dengan orang, sangat rendah diri, sangat bijak, sangat rajin, sangat CEKAL.

I wanna be like you. Tu pun tak tahu mampu ke tak sebab tu adik selalu panggil Abai bidadari sbb Abai terlampau baik dengan anak-anak, cucu-cucu, keluarga dan semua
orang! I love you so much Abai. Doakan bisnes Mawarose berjaya Abai,” titip Mawar di Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B8q75ypgMjw/

IKLAN

Selamat Tunai Umrah, MAWAR RASHID Dedah Kekuatan Ibunya Seorang Mualaf & Buat Umrah 4 Kali Selamat Tunai Umrah, MAWAR RASHID Dedah Kekuatan Ibunya Seorang Mualaf & Buat Umrah 4 Kali Selamat Tunai Umrah, MAWAR RASHID Dedah Kekuatan Ibunya Seorang Mualaf & Buat Umrah 4 Kali

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti popular, Datuk Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Raden Muhammad Rafael.

Sebelum ini Mawar pernah menyuntik inspirasi ramai apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan dan menghadiri majlis konvokesyen dalam keadaan sedang sarat mengandung. Meniti usia 25 tahun, keupayaan Mawar membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga nyata mengundang pujian peminat. Iyalah, bukan tugas mudah tu! Kalau tak kuat mental dan fizikal, hasrat tersebut tidak akan menjadi nyata.

Harapan Nona, semoga Mawar terus melakar kejayaan membanggakan dan menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita di luar sana.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI