Selamba, Pemandu Lelaki Ini Dirakam Meninggalkan Kereta & Teman Wanitanya YANG TERBAKAR Menaiki Teksi!

‘Kau kejam! Penakut! Pentingkan diri sendiri! Tergamaknya dia pergi tanpa berusaha pun untuk mendapatkan bantuan!’ Itu antara luahan netizen yang rata-ratanya geram dan terkejut melihat video kemalangan tragis ini.

Menerusi rakaman yang diambil oleh saksi kejadian, Saeed Ahmed, 23, dilihat menahan teksi di tengah lebuh raya dan meninggalkan lokasi kemalangan itu sewaktu api marak.

Tragedi kemalangan kereta yang menyebabkan kematian seorang wanita bernama Harleen Grewel, 25, ini heboh diperkatakan selepas Saeed dilihat ‘tidak berusaha’ mendapatkan bantuan.

Harleen Grewel disahkan mati di tempat kejadian selepas bomba menemui tubuhnya yang hangus terbakar di tempat duduk penumpang depan.

Sebelum kemalangan berlaku, Ahmad yang memandu kereta 2007 Infiniti G35 dikatakan mencelah-celah kesesakan di Brooklyn-Queens Expressway sebelum ia melanggar pembahagi jalan, lapor DailyMail.

Dia berjaya menyelamatkan diri sebelum menahan sebuah teksi untuk ke hospital, meninggalkan teman wanitanya terbakar di dalam kereta. Lelaki tersebut telah ditahan di sebuah hospital, dimana dia mendapatkan rawatan melecur di bahagian lengan dan kaki.

Dalam sesi soal siasat dengan pihak polis, Saeed mengaku mengambil minuman keras sebelum kemalangan namun ujian darah mendapati dia tidak mabuk. Kini lelaki tersebut ditahan pihak berkuasa kerana jenayah kecuaian homisid, meninggalkan tempat kemalangan dan memandu dengan laju.

Sudah Berusaha Menyelamatkan

“Saya tak tahu apa yang terjadi, saya perlu berjumpa dan bercakap dengannya untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata bapa Ahmad, Mohammad Azam kepada The New York Daily News tentang anaknya.

Bapa Ahmad juga turut menyatakan bahawa dia tidak tahu tentang kehidupan anaknya kerana Ahmad selalu pulang lewat berjumpa kawan-kawan.

Sementara itu adik Ahmad iaitu Waheed Ahmad, 21, memberitahu The New York Post bahawa abangnya tidak meninggalkan tempat kemalangan tapi cedera teruk kerana berusaha menyelamatkan mangsa.

“Dia tidak melarikan diri. Telefon bimbitnya tertinggal di dalam kereta dan dia gagal menghubungi ambulans. Abang saya dah cuba menyelamatkan wanita itu tapi tak berjaya. Sebab itulah tangan dan kakinya melecur. Api marak terlalu cepat.

Kini emosinya masih lagi terganggu. Setiap kali ditanya tentang apa yang terjadi, dia pasti menangis dan menjerit-jerit. Bayangkanlah, rakannya terbakar hidup-hidup.” Norzalina Mohd Alias

Sumber: DailyMail

IKLAN
Share