Tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut 1 Syawal. Baki beberapa hari lagi berpuasa, cuba mengintai gaya selebriti awet muda, Amy Mastura berbuka puasa.
Ads
Setiap orang mempunyai selera yang berbeza ketika berbuka puasa. Selebriti awet muda, Amy Mastura memilih makanan yang ringkas sebagai hidangan berbuka puasa. Bukan sahaja ringkas, Amy juga gemar makan sesuatu yang masam sebagai pembuka seleranya untuk berbuka puasa.
“Tomyam adalah hidangan berkuah yang makin sedap kalau dipanaskan. Jadi sesuailah kalau saya masak banyak sikit ketika berbuka puasa untuk dimakan lagi ketika bersahur.
Masam-masam rasa tomyam tu memang menaikkan selera,” ujarnya yang menjadi kebiasaan masak dalam kuantiti lebih sedikit ketika berbuka kerana lauk yang sama akan dipanaskan untuk dimakan ketika bersahur.
Amy mengakui ada tabiat pelik sikit mengenai masakan. Dia selalunya memilih untuk tidak belajar memasak hidangan yang dia suka makan. Katanya, apabila sudah mengetahui cara memasak, dia tidak akan suka lagi menikmati sesuatu makanan itu.
TOMYAM UDANG
(Resipi: Datuk Chef Wan)
Ads
BAHAN-BAHAN 20 ekor udang
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 sudu makan pes cili thai
1 sudu makan sos ikan
1 biji bawang holand
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
2 keping hirisan lengkuas
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMBUAT
Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan air hingga menggelegak dan masukkan udang. Masukkan daun limau purut dan serai dan masukkan cili padi yang telah ditumbuk tadi bersama hirisan lengkuas. Masukkan pes cili thai dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan sos ikan. Kacau seketika dan masukkan air limau nipis. Seimbangkan rasanya. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan sesenduk susu cair. Jangan banyak sangat kerana tidak mahu rasa bersantan. Kemudian masukkan daun ketumbar. Biarkan mendidih.
Lebih dua minggu berpuasa, pastinya buah kurma masih berbaki di dalam simpanan bukan? Mungkin ada yang sudah jemu menjamah buah kurma dan inginkan kelainan. Datin Ira Ghani, antara VIP yang sudi berkongsi menu ringkas yang boleh disajikan hanya menggunakan buah kurma dan enam bahan yang ringkas. Jom kita lihat resipi Kurma Tempura Goreng yang enak dinikmati ketika berbuka puasa!
KURMA TEMPURA GORENG
BAHAN-BAHAN:
Buah Kurma|dibuang biji
Tepung Tempura
Serbuk Vanilla
Chocolate Rice
Garam
Air
Susu Kambing
CARA MEMBUAT:
Masukkan tepung tempura ke dalam mangkuk. Jika tiada boleh gunakan tepung gandum dicampur tepung beras.
Masukkan pula susu kambing dan gaulkan sehingga sebati.
Tambahkan sedikit air, garam dan serbuk vanilla.
Masukkan kurma yang telah dibuang bijinya. Gaulkan sehingga sebati.
Panaskan minyak. Kemudian goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan ketika masih panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuaca yang panas terik, ditambah situasi kes COVID-19 yang meningkat serta kebosanan duduk di rumah kini boleh diatasi dengan memesan minuman terbaharu di pasaran.
Dua pilihan Nona untuk menghilangkan dahaga adalah dari Costa Coffee dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Menariknya, perisa baharu yang ditawarkan menepati selera ramai iaitu karamel dan matcha.
SORAKAN OLIMPIK
Costa Coffee memperkenalkan rangkaian minuman Golden Caramel untuk meraikan penajaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung sekarang. Kalau beli sekarang dapat sekali cawan edisi khas Tokyo 2020 tau!
Aroma karamel yang manis bercampur kopi asli menjadi keistimewaan minuman baharu Costa Coffee. Rangkaian tersebut menampilkan Tokyo Gold Latte, Tokyo Gold Iced Latte, Tokyo Gold Frostino, dan Golden Tokyoccino dalam pilihan panas atau sejuk.
SESUAI MUSIM PANAS
Satu lagi kesukaan Nona adalah Ice Blended The Coffee Bean & Tea Leaf iaitu Matcha Strawberi dan Matcha Hazelnut. Keseronokan yang kecil meneguk minuman ini sambil menikmati kek mampu membantu kita berehat lebih baik pada waktu PKP ini.
Tak cukup minuman ice blended semata, pesan juga menu lazat Poppin’ Summer Salad yang ceria, gandingan cape gooseberry, bayam kecil dan ayam popcorn rangup ditaburi kuah salad sitrus yang segar. Memang sedap!
Tak perlu keluar rumah untuk memesan minuman-minuman ini. Semuanya di hujung jari, cuma tempah secara online dan tunggu ia dihantar terus ke rumah. Lebih selamat dan mudah, bukan?
Selamat menjamu selera. Bertenang dan luangkan masa dengan orang tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mimpikita yang terkenal dengan signature tersendiri serta rekaan cetakan eksklusif baru-baru ini telah berkolaborasi dengan Chinese tea house terkenal, Dolly Dim Sum.
Hasil daripada kolaborasi tersebut maka terhasilnya menu berbuka puasa yang akan dilancarkan pada Ramadhan 2022 ini.
Seiring dengan kempen raya 2022 Mimpikita yang meraikan persaudaraan, menu kolaborasi tersebut juga diinspirasikan dari memori dan ikatan persahabatan antara pengasas Dolly Dim Sum iaitu Dolly dengan sahabat-sahabatnya itu yang digelar “The Kita Girls”. Ia juga dicetuskan dari kegemaran mereka terhadap dim sum.
Selain itu, kolaborasi istimewa ini juga bagi meraikan menu tradisi masyarakat Cina yang digabungkan dengan cita rasa Melayu yang sesuai dinikmati di kala berbuka puasa.
Seleksi menu akan berada di seluruh outlet Dolly Dim Sum bermula pada 1 Ramadhan iaitu Pandan Gula Melaka, Tart Telur, Nasi Goreng Ikan Bilis, dan Osmanthus Agar-Agar.
Kesimpulannya, kolaborasi ini sangat istimewa buat Nurul, Mira dan Syera Zulkifli atas kerjasama mereka bersama Dolly Dim Sum yang diasaskan oleh 2 adik beradik perempuan iaitu Lim Meng Lu dan Lim Meng Jan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...