Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jakarta, Indonesia  untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 September ini.

Kesempatan tersebut turut digunakan oleh beliau untuk menghadiri sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program yang diberi nama Temu Anwar merupakan program dialog Perdana Menteri yang julung kalinya diadakan di luar negara.

Ads

Selebriti Indonesia Ambil Peluang Bertemu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Di Jakarta

Program tersebut turut menampilkan beberapa selebriti terkenal Indonesia antaranya termasuklah Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina. Selain itu, turut kelihatan menghadiri program tersebut termasuklah penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani, Nur Fazura dan ratusan anak muda dalam suasana penuh harmoni serta santai.

Selebriti Indonesia Ambil Peluang Bertemu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Di Jakarta

Momen pertemuan pemimpin nombor satu negara itu dikongsikan oleh beberapa selebriti Indonesia yang nyata teruja menerima kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia. Penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani menganggap perjalanan hidupnya tidak banyak berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyanyi Kumpulan Dewa 19 itu berkongsi kisah  pernah dipenjarakan satu ketika dahulu.

Selebriti Indonesia Ambil Peluang Bertemu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Di Jakarta

Tampil berseloroh ketika menyampaikan ucapan di pentas, Ahmad Dhani berkata, dia dan Anwar Ibrahim pernah dipenjara oleh pihak atasan.

“Anwar sama saya, pernah dipenjara oleh rejim, cuma Pak Anwar sudah menjadi orang nombor satu, saya belum,” ujarnya dalam nada bergurau.

Selebriti Indonesia Ambil Peluang Bertemu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Di Jakarta

Untuk rekod, vokalis kumpulan Dewa 19 itu pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur, Indonesia atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter pada Januari 2018 sebelum dibebaskan pada Disember 2019.

Ads

Selebriti Indonesia Ambil Peluang Bertemu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Di Jakarta

Sesi tersebut juga merupakan ruang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan secara santai akan hala tuju Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani untuk difahami warga hadirin, termasuk mereka yang menyaksikan secara langsung di alam maya.

 

Selebriti Indonesia Ambil Peluang Bertemu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Di Jakarta

Ads

Selain selebriti Indonesia, kelibat Nur Fazura turut kelihatan di salah satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selebriti Indonesia Ambil Peluang Bertemu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Di Jakarta

Selebriti Indonesia Ambil Peluang Bertemu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Di Jakarta

“Alhamdulillah,  Faz telah berpeluang menyertai para seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia dalam Program ‘Santai Bersama Anwar’ di Jakarta, Indonesia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah sudi menyantuni kami semua dengan mesra, serta memberikan pelbagai pandangan berkaitan budaya dan landskap seni kedua-dua negara,’ ujar Fazura melalui Instagram miliknya.

YAB Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI