Selepas 11 Tahun, LISA SURIHANI Dan BETO KUSYAIRY Kembali ‘Bersama’ Hidupkan Nostalgia Filem Istanbul Aku Datang

Siapa yang tak pernah menonton filem Istanbul Aku Datang yang pernah ditayangkan suatu ketika dulu sekitar 2012 diarahkan oleh Bernard Chauly dan dan dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy. Filem romantik komedi ini ternyata punya kelompok peminatnya yang tersendiri malah cukup diminati ramai.

Dan baru-baru ini, pelakon filem tersebut Lisa Surihani dan Beto Kusyairy membuat kemunculan semula eksklusif menerusi sebuah iklan Pak Mat Western. Ternyata kemunculan kedua-dua pelakon hebat ini  membuatkan ramai warga maya mengimbas semula babak-babak filem tersebut.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Lisa di laman Instagramnya, dia berkongsi video tersebut yang kini sudah mendapat jumlah tontonan lebih dari 1 juta. Menerusi kepsyennya, Lisa menulis mengatakan Dian, watak yang dibawa Beto kembali menganggu hidupnya selepas 11 tahun filem itu ditayangkan. “Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya”.

Yang menariknya, ramai warga maya nyata teruja dengan iklan tersebut malah ada yang menganggap video tersebut merupakan sekuel atau bahagian kedua filem ikonik itu.

Dalam iklan terbabit, Lisa yang baru pindah rumah telah menjemput jiran untuk berbuka puasa dan terkejut jirannya itu adalah Beto. ‘Pertengkaran’ manja antara mereka berdua dalam iklan mengimbau watak mereka dalam filem Istanbul Aku Datang.

Turut kelihatan ramai rakan artis yang lain seperti Heliza Helmi, Daiyan Trisya, Ika Nabila dan ramai lagi memberikan maklum balas di samping menyatakan kerinduan terhadap filem epik tersebut.

Ternyata strategi pemasaran yang dilakukan jenama daging perap terkenal itu berjayakan!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus