Selepas dua minggu menyahut cabaran FOREO BEAR, kini saya lebih yakin mengambil foto tanpa calitan concealer dan mampu ucap selamat tinggal pada klinik kecantikan! Norzalina, Majalah Nona
Pada usia 35 tahun, majoriti wanita seusia saya mula tercari-cari produk keramat untuk mengekalkan keanjalan kulit serta bentuk runcing pada dagu dan pipi.
Jadi suatu hari sewaktu di tengah PKP, saya dipelawa oleh wakil FOREO untuk mencuba device inovasi terbaru jenama kecantikan Sweden itu.
Pada awal Mei, saya menerima bingkisan gift FOREO BEAR lengkap bersama produk Serum Serum Serum, set pengecas dan sebuah cermin berlampu.
Rekaannya yang ringan dan kompak sebesar genggaman tangan, membuatkan device berwarna magenta ini cukup ideal dibawa ke mana sahaja.
This is a really good investment for your skin!
Device senaman wajah dengan fungsi Microcurrent dan T-sonic pulsation ini membantu otot-otot wajah bekerja, menjadikannya lebih berseri, anjal dan tirus mengikut keperluan kulit individu.
Ini rumusan peribadi saya selepas dua minggu mencuba sendiri FOREO BEAR secara konsisten mengikut arahan yang diberikan.
COMEL
Perkara pertama yang timbul di ingatan adalah comel. Rekaannya berbentuk bujur dengan 2 bulatan besi di bahagian atas yang berdenyut apabila diaktifkan.
Dari jauh nampak macam beruang!
Seperti rangkaian FOREO yang lain, alat ini boleh diaktifkan melalui aplikasi FOREO yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Play Store.
PENGALAMAN
Sewaktu kali pertama menggunakan device
FOREO BEAR, terasa seperti getaran elektrik meresapi kulit. Jangan bimbang, ia tidak berbahaya kerana alat ini mengalirkan denyutan elektrik ke seluruh permukaan wajah pada kadar yang selamat.Kombinasi antara denyuran dan aliran elektrik inilah yang merangsang kulit agar lebih tegang, berseri dan tirus. Seperti latihan workout!
FOREO BEAR juga berguna untuk memudarkan kedutan halus, menjaga kelembapan wajah serta meminimalkan penampilan pori-pori.
Paling ketara, masalah lingkaran gelap bawah mata pun mula menghilang selepas menggunakan alat ini secara rutin. Bahagian dagu semakin runcing, dengan kulit leher yang tegang dan nampak awet muda.
Bermaksud selepas ini, FOREO BEAR akan menjadi device wajib dalam rutin penjagaan kulit saya bagi mengekalkan kemudaan!
CARA MENGGUNAKAN
Sebelum bermula, FOREO BEAR harus digunakan sewaktu wajah bersih tanpa mekap dan dalam kondisi wajah yang kering. Kemudian muat turun aplikasi FOREO For You (penggunaan pertama) di Playstore atau App Store. Seterusnya:
This website uses cookies.