Sikap bersegera menyampaikan bantuan amat sinonim dengan nama Ustaz Ebit Lew. Dengan inisiatif sendiri, beliau pantas menyalurkan bantuan tanpa mengira siapa pun penerimanya. Karakter hebat itu, akhirnya menjadi teladan kepada masyarakat.
Salah seorang selebriti yang mirip karakter Ustaz Ebit Lew adalah penyanyi rap Caprice atau Ariz Ramli, 33 tahun.
Rentetan isu kemanusiaan yang tidak berkesudahan di Palestin, dua figura hebat ini sanggup bertaruh nyawa ‘turun padang’ ke Palestin demi membawa bantuan dari Malaysia.
Seperti masih segar perbualan kami dengan Caprice menerusi sesi Instagram Live minggu lepas. Teringat beliau ketika itu baru saja menerima vaksin sebagai persiapan awal sebelum bertolak untuk misi ini.
Tarikh 24 Jun 2021, Caprice memaklumkan beliau sudah selamat tiba di Kaherah, Mesir.
“Last minute Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza… cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni.” Caprice
Tidak mahu terus membuang masa, lelaki berjiwa prihatin ini terus memulakan misi pertamanya dengan melawat Hospital Palestin sebaik mendarat di lapangan terbang Cairo.
“Hampir 18 jam tak tidur, sampai Mesir terus ke Hospital Palestin untuk melawat seorang ibu dari Gaza dan anaknya yang menggunakan alat bantuan pernafasan dan memerlukan alatan bantuan pernafasan baru.
Terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Kaherah dan Humanitarian Mission 4 Palestine untuk sokongan anda.
Maafkan segala salah silap saya. Halalkan makan dan minum. Insya-Allah, satu hari saya akan banggakan anda. Demi ummah, rakyat, negara.” Caprice
Bagi menjawab persoalan ramai tentang tujuan Caprice ke Mesir, berikut jawapan yang dikongsikan secara umum pada Sabtu, 28 Jun.
Caprice juga turut menyertakan hashtag #rapatkansaf2040 dalam hantarannya di Instagram dan Instagram Story.
This website uses cookies.