Tahun 2017 tentunya merakam kenangan terindah buat Dr. Jezamine Lim, 33, isteri kepada manusia paling kelakar di dunia iaitu Harith Iskander.
Selain baru menjadi wanita pertama yang menggenggam PhD dalam bidang kejuruteraan tisu dan sel stem pada hujung Oktober lalu, Dr. Jezamine sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi wanita termuda menerima anugerah SME100 2017 melalui syarikat Yakin Medic Sdn Bhd.
Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh beliau di media sosial sewaktu menghadiri majlis makan malam gala dan penyampaian anugerah berprestij anjuran SME Magazine pada 8 Disember lalu.
“What a way to end my 2017! From being a student, did my internship with Yakin Medic during my PhD, I was then appointed as one of the company’s director. In this year’s journey, we’ve only hit and achieved our target but gone beyond our goals. Breaking the limits, proud to be the youngest woman receiving this SME100 award,” tulisnya.
Menurut sumber, bidang sel stem boleh dikomersialkan untuk tujuan perubatan dan sebagainya. Beliau juga berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran yang ada demi kepentingan sejagat.
Ads
Lebih mengujakan, anugerah tersebut berlangsung pada malam hari jadinya. Maka sejurus selepas majlis berakhir, suami dan teman-teman Dr. Jezamine telah mengatur satu kejutan bagi meraikan ulang tahun kelahirannya di hotel yang sama.
Ads
Memetik kata-kata Harith Iskander, “I have always maintained that a man should marry someone smarter than himself and I’m so glad I followed my own advice. Happy birthday, I am where I am today because of you and I count my blessings on a daily basis that you walked into my life on January 19th, 2009.”
Harith Iskander dan isteri bertolak ke Bali untuk percutian romantis sehari kemudian. Nona juga tertarik dengan kenyataan Dr. Jezamine bahawa beliau terpaksa mengorbankan waktu rehat, tidur dan tiada percutian keluarga selama enam tahun demi mengejar cita-citanya selama ini.
Sememangnya tanpa sokongan dan kerjasama suami, keluarga serta anak-anak mereka iaitu Zander Xayne Iskander, 5, Alessandra Jayne Iskander, 4, dan Zydane Xayne Iskander, 2, mungkin perjalanan Dr. Jezamine tidak akan selancar ini.
Ads
Syabas Dr. Jezamine! Beliau adalah lambang seorang wanita superwoman yang sangat hebat dan seharusnya kita banggakan. Selain bergelar isteri dan ibu, wanita kacukan Cina-India ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Harith Iskander Production serta Yakin Medic Neulife Stem Cell.
Justeru bayangkan bagaimana besarnya pengorbanan yang dibuat hingga pernah tidur tiga jam sehari. Dr. Jezamine juga tidak pernah mengabaikan keperluan anak-anak termasuklah menyusukan mereka secara eksklusif. Beliau turut menguruskan kerjaya suami, menyediakan semua jadual perancangan dan jadual pemakanan keluarganya dengan konsisten.
Satu perkara yang pasti, segala kesibukan ini pasti terubat apabila dapat mendengar jenaka suaminya setiap hari. Tiada yang lebih menghiburkan daripada mengahwini seorang lelaki yang dapat membuat kita ketawa dan memujuk dengan lembut apabila kita terluka. Patutlah orang kata lelaki kelakar itu seksi! Norzalina Mohd Alias
Foto: Instagram @drjezaminelim dan @harithiskander
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah seorang gadis yang ditembak mati oleh Tentera Zionis ketika bertugas sebagai paramedik atau jururawat telah mendapat perhatian dunia.
Razan Al-Najjar, 21 tahun, mati ditembak ketika sedang berlari ke arah pagar sempadan untuk memberi bantuan kepada seorang mangsa yang cedera. Dalam tragedi berdarah itu Razan ketika itu kelihatan memakai pakaian putih.
Kini setelah setahun tragedi berdarah itu berlaku, Heliza Helmi dalam perkongsian di laman media sosialnya, telah memakai baju yang disarung oleh arwah Razan.
“Ya ini Ves yang beliau pakai dan kesan lubang pada Ves itu adalah kesan tembakan sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Ves ini masih lagi berbau darah As Syahidah,” coret Heliza yang mengingatkan kita tentang peristiwa berdarah itu.
Tambahnya lagi, “I WANT TO BE LIKE YOU RAZAN. Ves yang saya pakai inilah yang dipakai oleh Razan, di dalam poketnya hanyalah ada kapas dan peralatan medik, namun dia ditembak oleh rejim Zionis tak berperikemanusiaan.
MasyaAllahhh Razan, kata-katamu menjadi doa, sungguh hari terakhirmu ialah saat dirimu memberikan bantuan kepada mangsa cedera. Razan, I Want to be like you, Inshaallah Aamiin,” kongsi Heliza Helmi.
Heliza turut menulis tentang siapakah sebenarnya wanita yang mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah SWT ini.
Siapa Razan Najjar?
Razan adalah seorang perawat yang bekerja secara sukarela untuk Palestinian Medical Relief Society (PMRS). Dia bekerja di area yang hanya beberapa ratus meter dari rumah keluarganya.
Mengapa dia mahu ikut terjun ke medan konflik?
“Saya akan merasa sangat malu kalau saya tidak ada untuk (membantu) warga Palestina. Sudah menjadi tugas dan kewajiban saya untuk ada di sini dan membantu mereka yang terluka,” kata Razan dalam wawancaranya dengan Al Jazeera pada bulan April 2018.
Detik-detik saat Razan ditembak;
Razan ditembak saat sedang lari menuju pagar perbatasan di dekat Khan Younis, Gaza, 17 Ramadan 2018. Dia sedang berusaha menolong korban yang terluka
Mengenakan baju putih, seragam paramedis, “Dia mengangkat tangannya tinggi-tinggi dengan sangat jelas, tapi tentara Israel menembak dan dia tertembak di dada,” kata seorang saksi.
Saksi lain bercerita bahawa Razan awalnya tak sedar bahawa dia sudah tertembak. Saat peluru telah tembus beberapa detik kemudian baru dia tersedar dan terjatuh ke tanah.
Antara kata kata Razan Al Najjar sangat memberi kesan ialah;
“WITH ALL PRIDE, I WANT CONTINUE TO HELPING PEOPLE TILL LAST DAY”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau berjaya sebagai atlet dan kaya-raya, pemain tenis wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek tetap mahu sambung belajar dan masuk universiti. Kagum dengan wanita muda kelahiran Poland tersebut yang mengutamakan pelajaran meskipun dia sudah berjaya memiliki segala-galanya hasil kerjaya sebagai pemain profesional tenis.
Baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 31 Mei lepas, kemenangan Iga memenangi Terbuka Perancis ketiganya pada 10 Jun lepas sudah pasti menjadi ‘hadiah’ hari jadi terindah buat atlet ini. Sekaligus menjadi wanita pertama mempertahan kejuaraan Ronald Garros sejak 2007.
Dalam perlawanan di gelanggang tanah liat di Paris itu, Iga menewaskan Karolina Muchova dari Republik Czech. Dia turut membawa pulang wang kemenangan Ronald Garros berjumlah 2.3 juta euro atau lebih RM11.4 juta beserta piala.
Iga ialah wanita ketiga di era kejohanan Terbuka memenangi keempat-empat aksi separuh akhir Grand Slam merangkul juara Terbuka Perancis pada tahun 2020, 2022 dan 2023 serta Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.
Menariknya, ditemui selepas kejuaraan tersebut Iga menerusi laporan Tennis Infinity mendedahkan impian untuk sambung belajar di universiti selepas bersara dari kerjaya tenis kelak.
Ini kerana minat Iga yang sentiasa ‘dahagakan’ ilmu dan mahu meningkatkan taraf pendidikan apabila sudah ‘menggantung’ raket.
Walau dia cukup mementingkan pendidikan namun tumpuan utamanya kini ialah karier tenis.
“I really like to learn, so I’m kind of still used to school. I finished two years ago and miss just having some stimulation that way. But on the other hand, I know I can’t do much because my priority is tennis and my career. I’m pretty sure that maybe after I finish, I will go to some university.”
Sebagai atlet kebanggaan Poland, Iga cukup sebati dengan pendidikan kerana ibunya iaitu Dorota Swiatek seorang wanita berpelajaran tinggi dan mempunyai kelulusan perubatan serta bergelar orthodontist. Sementara bapanya, Tomasz Swiatek ialah bekas atlet Olimpik.
Iga juga mempunyai seorang kakak iaitu Agata Swiatek yang sebelum ini terlibat dengan sukan tenis tapi mengambil keputusan meninggalkan sukan itu selepas beberapa kali mengalami kecederaan. Iga mula aktif sebagai pemain tenis ketika berusia 15 tahun.
Dianggarkan kekayaan Iga Swiatek sehingga kini mencecah USD 20 Juta!
Memulakan langkah dalam bidang seni dengan menyertai Akademi Fantasia pada tahun 2013, membuat gadis manis yang berusia 28 tahun ini terus melangkah ke depan. Usahanya berbaloi dan Nabila Razali boleh tersenyum bangga dengan pencapaian lagunya, Peluang Kedua di You Tube sebanyak 21 juta tontonan.
“Saya sangat bekerja keras untuk sampai ke tahap ini,” katanya kepada Harian Metro. Sebagai selebriti gadis yang mempunyai nama penuh Nur Nabila Mohd Razali ini tidak dapat lari tohmahan orang ramai. Walau bagaimanapun, gadis yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Kejuruteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini bersyukur tidak sampai ke peringkat depresi.
Foto: Instagram @nabila.razali
“Ciri-ciri depresi tu tak ada tapi saya rasa tak banyak sikit nak ke arah itu, ada. Bila hari-hari kita kena hentam, tak ada orang puji kita, kita rasa dah tak payah lah bekerja dalam bidang seni. Tapi kalau saya fikirkan balik, kalau kita ikutkan apa orang cakap, tak bangun lah, kan.
Foto: Facebook Nabila Razali
Siapa yang nak cari duit untuk kita melainkan diri kita sendiri. So kita kena positif, solat, minta doa supaya jadi lagi kuat dan apa yang saya pegang sampai sekarang Bella memang tak pernah putus asa, biar apa orang nak cakap dan jangan hidup dek puji jangan mati dek keji,” tutur pelakon utama drama Seindah 7 Warna Pelangi ini.
Foto: Facebook Nabila Razali
Bercerita tentang cabaran bergelar usahawan muda yang dalam masa yang sama bergelar selebriti. “Kalau nak cakap pasal cabaran ada banyak cabarannya dan salah satunya adalah bersaing dengan produk yang sedia ada. Macam saya pula masih baharu dan banyak lagi benda yang perlu belajar.
Macam orang lain dah tahu apa strategi terbaik untuk produk mereka bukan macam saya masih lagi try and error. Saya tak mahu ketinggalan bersaing dengan orang lain tapi cara yang sihat. Tapi dalam masa yang sama saya mahu nama produk itu stand out,” kata Nabila Razali yang mempunyai 2.4 juta pengikut di laman Instagram ini.
Foto: Instagram @nabila.razali
Ketika ditanya kepada pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali ini tentang dilema memilih dunia professional dan glamor, jawabnya, “Saya memang seorang yang talkative. Sejujurnya bekerja dalam dunia seni saya vibrasi sangat berbeza sebab itu saya memilih bidang ini sebagai kerjaya.
Foto: Facebook Nabila Razali
Tapi tak bermaksud saya lupakan apa yang dipelajari dulu sebab saya masih hubungi kawan-kawan lama. Kalau ada macam nak dekor apa-apa saya akan tanya mereka. Macam saya ada juga dekor bilik sendiri. Mak saya pula rajin dekor rumah dan selalu minta nasihat saya,” bicara Nabila Razali yang lebih mesra disapa Bella.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.