Apabila berbicara mengenai filem Bini-Bini Ku Gangster, pasti ramai yang teringat tentang perjalanan filemnya yang menarik. Mengaut keuntungan sejumlah RM 3 juta pada hari ke-6 tayangan, pastinya filem ini menjadi salah satu kegemaran rakyat Malaysia.

IKLAN

Menemu bual salah seorang bintang dalam filem ini, Yana Samsudin yang semakin sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea, filem Bini-Bini Ku Gangster bakal melahirkan sebuah sekuel yang bertajuk Kak Yong.

Selepas Kejayaan Filem Bini-Bini Ku Gangster, YANA SAMSUDIN Bakal Lancar Kak Yong Hasil Produksi Sendiri

Menurut Yana, filem Kak Yong ini merupakan sebuah projek produksinya bersama suami, Prokuya Studios dan diarahkan oleh pengarah yang sama seperti filem sebelumnya iaitu Ismail Bob Hashim.

Bagi mereka yang pernah menonton filem Bini-Bini Ku Gangster pada sembilan tahun lepas, filem Kak Yong yang bakal ditayangkan pada 2023 nanti merupakan sebuah sambungan dari filem tersebut.

Jadi, ia menceritakan bagaimana dia pulang semula ke kampung dan berjumpa rakan-rakannya setelah sekian lama tidak bersua. Pastinya ada konflik di pertengahan plot cerita itu nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Bakal menggabungkan barisan pelakon dari Bini-Bini Ku Gangster serta pelakon baru, filem Kak Yong ini bakal mengetengahkan konsep aksi komedi.

Menyentuh sedikit perihal kecantikan personaliti ini, ternyata usia bukanlah penghalang utama dirinya untuk kekal positif dan bahagia. Perkahwinannya bersama suami, Fadzil Zahari sejak 2015 tahun lalu semakin utuh dan berkembang mekar.

Selepas Kejayaan Filem Bini-Bini Ku Gangster, YANA SAMSUDIN Bakal Lancar Kak Yong Hasil Produksi Sendiri

IKLAN

Selepas Kejayaan Filem Bini-Bini Ku Gangster, YANA SAMSUDIN Bakal Lancar Kak Yong Hasil Produksi Sendiri

“Ramai juga yang bertanya tentang rahsia saya tampak berseri biarpun sudah dimamah usia, namun jujurnya, saya tiada jawapan khas tentang itu. Mungkin saya sering ketawa dan tidak memikirkan masalah yang boleh memberi kesan kepada kesihatan sendiri,” ujarnya.

IKLAN

Sudah pasti saya mahu menambah lagi cahaya mata. Namun, biarlah Allah yang tentukan. Saya akui agak sukar untuk mendapat anak kerana saya menghidapi Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). saya percaya Allah murahkan rezeki saya dalam pelbagai aspek. Tetapi, untuk menambah zuriat, saya berserah kepada-Nya

Selepas Kejayaan Filem Bini-Bini Ku Gangster, YANA SAMSUDIN Bakal Lancar Kak Yong Hasil Produksi Sendiri

Turut berhasrat agar ditambahkan lagi kurniaan cahaya mata, Yana sering berdoa agar Allah mempermudahkan urusannya dalam melahirkan cahaya mata.

“Sudah pasti saya mahu menambah lagi cahaya mata. Namun, biarlah Allah yang tentukan. Saya akui agak sukar untuk mendapat anak kerana saya menghidapi Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). saya percaya Allah murahkan rezeki saya dalam pelbagai aspek. Tetapi, untuk menambah zuriat, saya berserah kepada-Nya. Jika ada rezeki untuk melahirkan anak yang ketiga, Alhamdulillah,” tambahnya lagi.

Sumber gambar: Instagram Yana Samsudin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI