Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II, SULTAN HASSANAL BOLKIAH Kini Raja Paling Lama Berkhidmat Di Dunia

Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menjadi raja paling lama berkhidmat di dunia selepas kemangkatan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II pada Khamis lalu. Sultan Hassanal Bolkiah yang menaiki takhta pada tahun 1967 telah memerintah selama 54 tahun dan 339 hari sehingga Jumaat lalu iaitu lebih empat tahun lebih lama daripada Ratu Margrethe II dari Denmark.

Kredit foto: Instagram @bruneiroyalfamily

Ratu itu kini menduduki tempat kedua sebagai pemerintah diraja masih hidup yang paling lama memerintah. Sebelum ini, Ratu Elizabeth II menjadi Ketua Negara yang paling lama berkhidmat di dunia dan majlis meraikannya diadakan baru-baru ini sempena ulang tahun ke-70 pertabalannya pada awal tahun ini. Beliau menaiki takhta ketika berusia hanya 25 tahun pada tahun 1952 selepas Perang Dunia II.

Sultan Hassanal Bolkiah yang berusia 76 tahun juga menjadi Perdana Menteri Brunei sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1984. Baginda juga merupakan salah seorang daripada orang yang terkaya di dunia iaitu mempunyai harta lebih AS$200 bilion. Pada 5 Oktober 2017, baginda meraikan Sambutan Jubli Emas sempena baginda menaiki takhta kerajaan. Baginda juga pernah menyambut Sambutan Jubli Perak pada tahun 1992.

Kredit foto: Instagram @bruneiroyalfamily

 

Sultan berminat dengan kereta. Kerabat diraja sentiasa mengekalkan koleksi lebih dari 100 kereta dan istana mempunyai garaj bawah tanah untuk menampung mereka. Selain itu, baginda pernah memiliki salah satu koleksi kereta persendirian terbesar di dunia dengan kira-kira 2500 buah kereta yang dibeli

Di tempat ketiga ialah pemerintah Sweden, Raja Carl Gustaf XVI, yang menaiki takhta ketika berusia 27 tahun selepas datuknya mangkat pada 1973.

Share
Published by
Wan Firdaus