Selepas Lancar Album Sulung, Kini Fazura Dilantik Duta Produk Sahajidah Hai-O Pula! Rezeki Wanita Terakhir

Semenjak kemunculannya sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu (2005), nama Nur Fazura Sharifuddin terus mencetuskan fenomena. Terkini, Fazura kembali diperkatakan apabila berita pertunangannya dengan aktor Fattah Amin tersebar luas.

Meskipun memilih untuk terus berteka-teki tentang status mereka, namun Nona lebih tertarik dengan perkembangan kerjayanya yang baru dilantik sebagai duta produk Sahajidah Hai-O Marketing.

Pemilihan Fazura sebagai duta produk, dilihat menepati kehendak pasaran yang mementingkan kesempurnaan. Selain berbakat besar, dia juga memiliki kecantikan, kepintaran, cita rasa fesyen dan gaya hidup sebaris selebriti kelas A di Malaysia.

Majlis dihadiri oleh Pengasas Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee, Pengerusi Kanan Sahajidah Hai-O Marketing, Tan Sri Osman S Cassim serta ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Hai-O, Tan Keng Kang dan Hew Von Kim.

Fazura juga turut bersama melancarkan produk minuman teh tarik yang mengandungi garam buluh asli Korea iaitu Min Cha sempena majlis tersebut serta mengumumkan bakal memberi nafas baru kepada siri pakaian dalam Premium Beautiful.

Tidak ketinggalan, Fazura sendiri membuat persembahan secara langsung dan melancarkan album sulungnya berjudul Fazura! di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Beliau turut merakamkan semula lagu korporat Sahajidah Hai-O Marketing iaitu ‘My Choice for Life’

. Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina