Filem Melayu di pawagam rata-ratanya dikategorikan filem yang ditonton ‘secara tak sengaja’. Dah takde cerita lain. Dapat tiket percuma. Bukan tak ingin menyokong, tapi muak sebenarnya melihat jalan cerita yang suka digarap secara tidak bijak. Isinya hambar, kosong, langsung tak menguji fikiran!
Ads
Tapi Tombiruo lain dari yang lain. Kisahnya bukan stereotaip dan bikin penonton saspens dari awal sampai akhir. Pendek kata, ramai yang keluar pawagam dengan senyuman puas hati!
Mungkin kerana faktor inilah, filem tersebut berjaya mencuri hati penonton yang dahagakan genre aksi yang berkualiti. Bangkit tepat pada masanya, Tombiruo: Penunggu Rimba terus menghangatkan pawagam dengan kejayaan kutipan RM5 juta dalam tempoh 10 hari tayangan sejak 12 Oktober lalu.
Menurut Penerbit Eksekutifnya, Firdaus Hussamuddin berkata, beliau terkejut dengan penerimaan peminat filem Melayu terhadap Tombiruo: Penunggu Rimba.
“Sebenarnya saya terkejut dengan penerimaan masyarakat kerana filem genre begini biasanya susah diterima. Bagi mereka yang masih belum menonton Tombiruo, tak rugi menonton filem yang rare ini,” katanya.
Ads
Dalam laporan sebelum ini, karya yang diadaptasi daripada novel terkenal berjudul sama tulisan Ramlee Awang Murshid itu berjaya mencatat kutipan RM2 juta dalam tempoh empat hari tayangannya.
Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan mengenai Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.
Ads
Filem aksi itu dibarisi pelakon mantap terdiri daripada Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan ramai lagi.
Tombiruo diarahkan oleh Seth Larney bersama pengarah bersekutu, Nasir Jani dan menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit. Norzalina Mohd Alias
Berwaspadalah dengan tanda-tanda ini yang boleh menyebabkan strok. Jika tidak segera diberikan perhatian yang serius ia boleh menyerang sistem saraf badan seterusnya menyebabkan lumpuh. Saraf yang diserang pada bahagian otak, penyumbatan atau pecahnya pembuluh darah boleh mengakibatkan strok.
Strok boleh menyerang sesiapa saja secara tiba-tiba tetapi lebih banyak menyerang golongan yang berusia. Selain usia antara faktor lain terjadinya strok ialah genetik, serangan jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, stres berlebihan dan pola hidup tidak sihat.
Berikut tanda-tanda strok yang tidak seharusnya anda abaikan.
LEMAH DI BEBERAPA BAHAGIAN ATAU SELURUH BADAN
Ketika badan tiba-tiba terasa kaku dan lemah di beberapa bahagian badan contohnya muka, tangan, kaki atau keseluruhan badan keadaan ini merupakan gejala umum yang dialami. Ketika ini seseorang itu akan hilang kekuatan dan tidak mampu lagi merasa apa-apa.
PENGLIHATAN TERJEJAS
Waspadalah jika penglihatan anda tiba-tiba menjadi tidak jelas. Ia boleh terjadi sama ada di salah satu mata atau kedua-duanya.
SUKAR UNTUK BERCAKAP
Kemampuan untuk berkomunikasi terganggu di mana anda mungkin sukar untuk mengeluarkan kata-kata dengan jelas dan hilang fokus ketika bercakap sehingga percakapan itu tidak difahami oleh orang lain.
MUAL DAN MUNTAH
Merasa mual dan muntah bukan hanya dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung sahaja bahkan simptom ini turut dialami oleh penderita strok.
KEPALA TIBA-TIBA SAKIT
Peningkatan tekanan pada otak menjadi punca seseorang itu mengalami strok. Biasanya sakit kepala akan terasa sangat kuat dan tidak tertahan. Segeralah berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya yang sebenar.
HILANG KESEIMBANGAN BADAN
Tanda terakhir ialah kehilangan keseimbangan badan secara mendadak serta sukar berjalan, tidak dapat beraktiviti seperti biasa dan kerap merasa kebingungan. Lebih teruk ialah hilangnya kesedaran. Seseorang itu mungkin akan terbaring lemah bahkan koma. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #QuranHour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 8.30 – 9.30 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati kita Allah yang pegang. Andai takdirnya jodoh masih panjang, akhirnya pasti berdamai jua. Penghujung Ramadan ini, Zulin Aziz berkongsi khabar baik dengan menyatakan dirinya kembali berbaik semula dengan suami selepas mengejutkan peminat dengan ‘bayangan’ perpisahan mereka.
Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata apa yang berlaku dalam hubungan ‘keruh’ mereka adalah ujian hidup berpasangan selain mahu memberi ruang kepada diri masing-masing dalam menjadi pasangan yang lebih baik dari sebelum ini.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi, Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah.” Zulin Aziz
Tambah usahawan dan selebriti popular itu lagi, keputusan yang dibuat sebelum ini adalah secara tiba-tiba kerana masing-masing berputus asa berdepan dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi.
Zulin berkata, dia mempunyai sebab kenapa membuat hantaran yang mencetuskan tanda tanya ramai mengenai kapsyen ‘perpisahan’ yang ditulisnya dalam sebuah hantaran terdahulu.
“Ada sebab kenapa post itu dibuat. Ada sesuatu perkara yang berlaku, Yang mana tahu je yang tahu. Alhamdulillah, asbab dan hikmah disebalik itu.
Tak pernah sekali pun kongsi apa-apa fasal masalah rumah tangga. Keadaan sebelum ini pun baik-baik sahaja. Seperti yang dilihat memang tiba-tiba.
Dalam pada kami berputus asa, masing-masing untuk ambil keputusan untuk berpisah.”
Zulin membuat hantaran mengejut dengan memaklumkan dia sudah berpisah dengan suami selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022, namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...