Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof ini memiliki budi pekerti yang baik. Bukan hanya cantik paras rupa, bahkan Datin Sri Sasha juga peramah dan berbudi bahasa orangnya. Meskipun baru mengenali Datin Sri Natasha Rosa namun perwatakan dirinya cukup menyenangkan.

Ads

Tanggal 12 Disember lalu, genap lima tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Sepanjang mendirikan rumah tangga, suri hati pelakon kacak ini bijak menjaga sisi peribadi dan menjaga baik nama suami.

Berkongsi momen indah sempena ulang tahun perkahwinan, wanita berketurunan Serani ini meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang baik.

“Here we are after 5 years my teddy bear Eizlan Yusof. With Bee Zaelynn Rosa by our side and mom. Thank you for everything you always do for us and all your love.”

Selesa Bersederhana Walau Status VIP, Datin Sri Sasha Bahagia 5 Tahun Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof! Selesa Bersederhana Walau Status VIP, Datin Sri Sasha Bahagia 5 Tahun Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof! Selesa Bersederhana Walau Status VIP, Datin Sri Sasha Bahagia 5 Tahun Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof! Selesa Bersederhana Walau Status VIP, Datin Sri Sasha Bahagia 5 Tahun Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof!

Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof berkenaan mendedahkan sisi suami tercinta.

“Abang ni sebenarnya sangat-sangat kelakar. Dekat luar orang tengok dia very friendly, itu memang betul. Tapi yang orang tak tahu, dia punya kelakar tu… kelakar tak ingat dunia.”

Sementara itu ditanya sejak bila mengenali Dato’ Sri Eizlan dan keistimewaan suami di matanya, ini pengakuan Datin Sri Sasha.

Ads

Selesa Bersederhana Walau Status VIP, Datin Sri Sasha Bahagia 5 Tahun Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof! Selesa Bersederhana Walau Status VIP, Datin Sri Sasha Bahagia 5 Tahun Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof!

“Kami kenal sejak 2015, kenal sebagai kawan dulu. Saya tertarik sebab abang kelakar, seorang yang baik hati dan senang bercakap dengan dia sebenarnya. Dia seorang listener yang bagus.

Pastinya kita sebagai pasangan, nak suami yang sanggup mendengar (luahan) baik buruk kita dan dapat share apa yang betul dan tak,” jelasnya.

Ads

Datin Sri Sasha bergelar isteri kepada Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019.

Artikel https://www.nona.my/berhenti-kerja-demi-jaga-anak-datin-sri-sasha-bahagia-puas-anak-besar-depan-mata/

Selesa Bersederhana Walau Status VIP, Datin Sri Sasha Bahagia 5 Tahun Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof! Selesa Bersederhana Walau Status VIP, Datin Sri Sasha Bahagia 5 Tahun Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof!

Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai kakitangan pengurusan hotel bertaraf lima bintang di ibu negara dan dilamar Dato’ Sri Eizlan pada September 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa yang lahir pada 13 April 2020.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI