Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh yang mengondol anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik ternyata cukup menggembirakan terutama sekali bagi rakyat Malaysia apatah lagi beliau merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak dan merupakan pelakon Asia pertama memenangi anugerah berprestij tersebut.
Namun tidak semuanya mudah bagi pelakon berusia 60 tahun ini. Michelle mengambil masa lebih 3 dekad untuk beliau mencipta nama dan menjadi salah seorang pelakon Asia yang paling terkenal di Hollywood.
Selain dari kejayaannya, kisah peribadi Michelle Yeoh juga turut mendapat perhatian, di mana sewaktu majlis anugerah tersebut, kelihatan susuk seorang lelaki yang duduk tenang disebelah, menemani dan menyorak kegembiraan saat Michelle naik ke pentas mengambil anugerah berkenaan.
Itulah Jean Todt, tunang Michelle Yeoh selama 19 tahun. Michelle Yeoh dan Jean Todt pertama kali bertemu di sebuah kejohanan di Shanghai pada tahun 2004. Jatuh cinta pada pandang pertama, mereka mula menjalinkan hubungan dan bertunang pada tahun 2005. Michelle berkata dia memuja “rasa jenaka yang tersembunyi” dan warna biru matanya.
Walaupun usia pertunangan mereka mencecah 19 tahun, mereka berdua masih belum berkahwin. Michelle berkongsi dek komitmen dan kesibukan, beliau tiada masa untuk merancang majlis diinginkan.
Jean yang lahir di Perancis pada tahun 1946 merupakan seorang eksekutif perlumbaan motor Perancis dan mengasaskan syarikat All Roads Management pada 2023 dan sangat aktif dalam dunia sukan permotoran. Jean juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Michelle juga sebenarnya pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Hong Kong, Dickson Poon dari 1988 hingga 1992. Bagaimanapun, pasangan itu tidak mempunyai anak sendiri.
Sebenarnya Poon yang memperkenalkan Yeoh kepada kerjaya dalam bidang hiburan. Mula-mula, dia membantunya muncul dalam iklan TV pada tahun 1984. Pelakon itu baru berusia 21 tahun ketika itu.
Yang pasti, perkahwinan bukanlah satu keutamaan untuk pasangan ini dan mereka berdua nampak matang dan berpengalaman dalam kerjaya masing-masing, malah memilih untuk menikmati kehidupan dan perlu memikirkan isu ‘komitmen’ dan perkahwinan. Semoga ada rezeki Michelle untuk naik ke pelamin pula.
Sumber dan Gambar: Brightside
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***